ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 09, 2025

SEDEKAH SUBUH SOKONG PENDIDIKAN AGAMA DI PELOSOK DESA

RM275 / 2.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersama ASAR Humanity, kita sebarkan Al-Quran ke setiap pelosok desa. Jom bantu!


Di sebalik kemajuan dunia hari ini, masih ada anak-anak kecil di pedalaman yang berjuang untuk belajar mengenal Al-Quran. Mereka bukan tidak mahu belajar, tetapi kemudahan sangat terhad. Di sesetengah kampung, pusat pengajian Al-Quran hanyalah sebuah ruang kecil di rumah guru, surau usang, atau pondok yang dibina seadanya.


Namun, di sinilah bermulanya cahaya Islam. Di sinilah terbentuknya adab, akhlak dan iman anak-anak kita.



Pusat Quran ini selalunya diasaskan oleh wira tempatan, guru-guru Al-Quran yang sanggup membuka ruang di rumah mereka, memberi masa dan tenaga tanpa mengharapkan upah, hanya semata-mata mahu melihat generasi muda mengenal Allah dan Rasul-Nya. Di ASAR Humanity, kami percaya bahawa pendidikan Islam tidak seharusnya menjadi hak eksklusif bagi mereka yang berada di bandar sahaja. Kita mahu anak-anak di kampung juga mampu membaca Al-Quran dengan baik, memahami maknanya, dan menghayati ajaran Islam.



Melalui kempen Sedekah Al-Quran, kami berhasrat untuk menghantar:


1. Lebih daripada 1,000 naskhah Al-Quran dan Iqra'

2. Meja belajar dan papan putih

3. Buku latihan dan bahan bantu mengajar lain


Semua ini akan disalurkan ke pusat pengajian Al-Quran di kawasan luar bandar — tempat yang memerlukan, tempat yang dahagakan ilmu dan cahaya.



Bayangkan setiap ayat yang dibaca oleh anak-anak ini, setiap huruf yang disebut dengan fasih, akan menjadi pahala mengalir kepada anda yang membantu menyediakan naskhah Al-Quran itu. Sumbangan anda hari ini bukan sekadar memberi buku, tetapi memberi harapan. Bukan hanya menghantar Al-Quran, tetapi menghantar sinar perubahan untuk generasi akan datang. Jom jadi sebahagian dari usaha menyemai cinta Al-Quran sejak kecil.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2025

ZALINA AR

Menyumbang sebanyak RM15.00

Aug 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2025

Kempen Sumbangan Tamat