Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM904 / 9.04 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
40 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kemiskinan masih menjadi masalah terbesar dalam kebanyakan masyarakat di dunia hari ini. Ramai di antara kita yang terperangkap dalam kitaran kemiskinan dan kehidupan yang rapuh. Berada di situasi hidup cukup-cukup makan tanpa peluang untuk berkembang. Salah satu golongan yang paling terkesan adalah para petani, khususnya di Indonesia.

Di ASAR Humanity, kami percaya bahawa jika kita benar-benar mahu membantu mereka keluar dari kemiskinan, kita perlu bantu mereka meningkatkan produktiviti dan kebebasan ekonomi mereka. Kita tidak hanya beri bantuan sementara, tetapi mencipta jalan keluar yang berpanjangan.

Kebanyakan petani kecil hidup miskin bukan kerana mereka malas tetapi kerana mereka tidak memiliki tanah, tidak memiliki alat, dan tidak memiliki kuasa atas hasil tuaian mereka. Mereka hanya jadi pekerja upahan yang dibayar rendah, tanpa masa depan yang jelas.

Melalui kempen ini, ASAR Humanity akan:
1. Menyediakan alat & mesin pertanian moden untuk petani yang layak
2. Menyokong dengan latihan & pembangunan kemahiran pertanian
3. Membantu mereka membina ekonomi komuniti yang berdikari
4. Menyuntik semangat baru agar mereka tidak terus hidup dalam kebergantungan

Matlamat kita bukan sekadar memberi, tetapi mencipta perubahan. Bila petani boleh menghasilkan lebih banyak dan mengurus sumber sendiri, mereka bukan saja mampu menyara keluarga, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan setempat.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur."
(Surah An-Nahl, ayat 78)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
-
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025
WAN NUR SHAKIRAH WAN MANSOR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 06, 2025