Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM215 / 2.15 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
13 Penyumbang
37 Baki Hari
Pernahkah kita terfikir, betapa indahnya bila sebuah Pusat Quran atau keluarga miskin mampu berdiri dengan lebih mandiri, tidak hanya menunggu bantuan, tetapi boleh mengusahakan rezeki dari tangan sendiri?

ASAR Humanity telah lama bersama banyak maahad, pusat Quran dan komuniti Islam dalam memastikan mereka tidak putus bekalan makanan harian. Kini, kami membawa satu inisiatif baru, usaha tani cendawan berskala kecil sebagai solusi menjana makanan dan pendapatan tambahan. Dengan kerjasama syarikat berasaskan pertanian cendawan, kami akan:
1. Menyediakan peralatan lengkap untuk bertani cendawan.
2. Membimbing dalam cara penanaman yang betul.
3. Membantu dengan pemasaran hasil supaya tidak sia-sia.

Kaedah ini sudah terbukti berkesan dan sedia untuk digandakan, bukan sahaja untuk sekolah dan pusat Quran, bahkan juga untuk keluarga miskin melalui usaha tani di rumah.

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji." (Surah Al-Baqarah: 261)
Setiap sedekah yang anda hulurkan, ibarat menanam benih kebaikan yang akan tumbuh dan berbuah, memberi manfaat kepada banyak jiwa. Marilah bersama kami, menyumbang untuk alat tani cendawan. Marilah kita kuatkan sekumpulan keluarga dan pusat Quran miskin agar mereka tidak lagi bergantung, tetapi mampu berdikari. Bersama, kita bukan sekadar memberi makanan. Kita sedang membina masa depan.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 02, 2025