RAYUAN INFAQ TABUNG PEMBANGUNAN SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI IBN KATHIR

RM1,335 / 0.45 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

67 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi Tabung Pembangunan Sekolah Rendah Islam Integrasi Ibn Kathir. 100% sumbangan yang diberikan akan terus dimasukkan ke tabung pembangunan.


Sekolah Rendah Islam Integrasi Ibn Kathir (SRIIIK) memulakan operasinya pada tahun 1994 di tempatnya sekarang, iaitu di Lot 1692-34, Kampung Changkat, 53100 Gombak, Selangor Darul Ehsan. SRIIIK ditubuhkan untuk membangunkan sistem persekolah yang berwibawa bagi menjana generasi Islam yang faham dan bekerja demi mencapai keredhaan Allah S.W.T.


Selepas lebih 25 tahun beroperasi di tempat sekarang, pihak sekolah sedar keadaan prasarana semasa sekolah tidak lagi dapat memberi keselesaan untuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan 20 orang kakitangan dan hampir 200 orang pelajar di SRIIIK.



Justeru itu, usaha pengumpulan dana bagi membeli sekeping tanah untuk pembinaan sekolah yang kondusif dan selesa telah giat dilakukan hampir berbelas tahun yang lalu . Hasil kutipan tersebut, Ahli Lembaga Pengelola SRIIIK telah membeli sebidang tanah rezab melayu seluas 3 (tiga ekar) bersebelahan dengan Masjid Gombak Utara. Rancangan pembangunan tanah tersebut akan melibatkan pembinaan dua blok bangunan utama iaitu satu blok bangunan sekolah empat tingkat dan satu blok empat tingkat kuarters guru yang akan menempatkan 12 buah unit rumah.



Kos permulaan yang diperlukan ialah sebanyak RM3.0 juta. Sehingga kini, alhamdulillah sebanyak RM1.6 juta telah berjaya dikumpulkan. Pihak sekolah telah menggerakkan pelbagai inisiatif dalam usaha untuk mengumpul dana yang diperlukan secepat yang mungkin InsyaAllah.



Dengan keadaan semasa sekolah yang tidak kondusif serta lokasi yang agak sempit . Usaha untuk pembinaan sekolah yang baru ditanah yang telah dibeli perlu disegerakan . Pihak sekolah amat mengalu-alukan sumbangan dan infaq dari anda semua untuk sama-sama merealisasikan projek pembangunan SRIIK ini


Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan diberkati oleh Allah SWT. Moga Allah Ya Fatah Ya Razzaq membuka pintu rezeki seluasnya dengan membalas ganjaran pahala besar, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.



“Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh.” Al – Munafiqun : 10


Jom #BuatBaik!






Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2023

MAHYIDDIN TAAT

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

MAHYIDDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat