BANTU SUMBANGAN DANA SRI RIYADHUS -SOLIHIN FASA 1

RM328 / 3.28 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA BANTU SRIRS DALAM MELAHIRKAN ANAK-ANAK GENERASI AKAN DATANG BERTERASKAN DAKWAH ISLAMIAH. ANAK-ANAK INI AKAN MENJADI OBOR KEJAYAAN ISLAM DI MASA AKAN DATANG DAN SUBURLAH DAKWAH ISLAM.


Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin adalah sebuah sekolah rendah yang berteraskan pendidikan Islam. Bertempat di Batu Pahat dan telah ditubuhkan pada 2012. Sekolah ini mempunyai 3 blok kelas, sebuah surau, dewan dan kuartes serta stor. Mempunyai lebih kurang 300 lebih pelajar sekolah rendah dari dari darjah 1 hingga darjah 6.



Dewasa ini, kos pengurusan serta pentadbiran sekolah semakin lama semakin meningkat. Dengan kapasiti guru dan staf seramai 22 orang maka sekolah ini terpaksa mencari dana-dana tambahan selain dari bergantung kepada yuran.



Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu SRI Riyadhus Solihin menampung kos pengurusan dan pentadbiran. Marilah kita menyumbang dan bersedekah kepada pembangunan sahsiah serta pendidikan berteraskan Islam. Apatah lagi SRI ini bertempat di Batu Pahat. Dengan memberikan bantuan kepada sekolah rendah Islam kita dapat melahirkan anak-anak generasi akan datang yang mempunyai asas Islam yang kuat serta potensi untuk menjadi pendakwah pada masa akan datang. 



Allah SWT juga berfirman: “Wahai orang yang beriman! berbelanjalah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu nafkahkan padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya, kecuali memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Al Baqarah: 267)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

May 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat