RAYUAN INFAQ PEMBINAAN TAMBAHAN SURAU JUMAAT

Dianjurkan oleh:
SURAU SRI SAUJANA
Dimulakan pada:
06 Mar, 2025
RAYUAN INFAQ PEMBINAAN TAMBAHAN SURAU JUMAAT
9.39%
RM3,754
/RM40,000
201
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Rayuan infaq fisabillah pembinaan struktur tambahan Surau Jumaat Surau Sri Saujana, Taman Prima Saujana, Kajang. Jom bantu!

Surau Sri Saujana, Apartment Sri Saujana, Taman Prima Saujana Kajang telah mendapat kelulusan taraf Surau Jumaat daripada Unit Pengurusan Masjid, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Keluasan dalaman surau ini tidak mampu menampung jumlah Jemaah yang ramai setiap kali solat jumaat, solat tarawih dan solat-solat hari raya. Ruang terbuka yang digunakan dengan hamparan tikar dan sejadah terdedah kepada keadaan cuaca seperti panas dan hujan.

Sehubungan itu, pihak AJK Surau mengambil keputusan untuk membuat tambahan kawasan berbumbung dengan cadangan mendirikan dinding konkrit di kawasan terbuka bagi keselesaan Jemaah menunaikan ibadah. Kos anggaran yang diperlukan sebanyak RM45,000. Besar harapan kami untuk mendapatkan dana tamahan bagi usaha ini. Semoga para penderma yang budiman dirahmati Allah dan diberi keberkatan dunia akhirat.

Untuk memastikan keselesaan jemaah, kami merancang untuk menambah struktur bangunan terbuka di surau ini. Struktur tambahan ini penting untuk melindungi jemaah daripada cuaca panas terik dan hujan lebat, yang sering mengganggu kehadiran serta fokus mereka semasa solat. Dengan penambahan ini, Surau Sri Saujana akan dapat menampung lebih ramai jemaah, memberi ruang yang lebih selesa dan kondusif untuk beribadah.

Sumbangan anda akan membantu menyediakan ruang yang lebih baik untuk solat Jumaat, di mana jemaah boleh beribadah dengan tenang tanpa gangguan cuaca.

Pahala yang mengalir berterusan dengan setiap sumbangan anda akan menjadi amal jariah sehingga ke neraca mizan. Setiap kali jemaah menunaikan solat di ruang yang bakal dibangunkan ini dengan sumbangn anda, pahalanya akan terus mengalir untuk anda.

Kami memerlukan dana untuk merealisasikan impian ini dan membantu lebih ramai  jemaah menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa tanpa bimbang keadaan cuaca. Setiap sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, akan memberi impak yang besar kepada kami. Sedekah yang berterusan adalah pelaburan akhirat yang terbaik di sisi Allah.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 25, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 10, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 04, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU TAJA PENDIDIKAN PELAJAR MISKIN
ZIARAH ASNAF BULAN RAMADAN DAN SYAWAL BERBAGI REZEKI
DUIT RAYA ANAK ASNAF DAN PESAKIT KRONIK
BANTUAN PAKAIAN UNTUK ANAK YATIM MISKIN
SEDEKAH JUMAAT HULURKAN TANGAN, RINGANKAN DERITA DI SUDAN
Kempen Sumbangan Tamat