Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Oct 30, 2025
Bayangkan jika setiap hari, anda perlu menguruskan najis yang keluar tanpa kawalan melalui lubang buatan di perut. Ini adalah realiti harian yang dihadapi oleh pesakit ostomi (pengguna beg stoma atau beg kolostomi) akibat penyakit kanser usus, kecederaan parah, atau penyakit kronik lain.


Bagi mereka yang berkemampuan, pembelian beg stoma mungkin mudah. Namun, bagi pesakit dari golongan asnaf dan B40, kos yang berulang dan tinggi ini adalah beban kewangan yang mencekik leher.

Beg stoma bukan barangan mewah, ia adalah keperluan asas untuk kesihatan dan maruah diri. Jika beg stoma kehabisan, mereka berisiko tinggi menghadapi jangkitan kuman, kulit melecet, dan terpaksa mengasingkan diri daripada masyarakat kerana bau dan ketidakselesaan yang melampau. Ada yang terpaksa menggunakan plastik biasa kerana ketiadaan wang.

Kos untuk seorang pesakit memerlukan purata RM350 hingga RM500 sebulan hanya untuk beg stoma dan kelengkapan asas (pelekat, serbuk pelindung). Ini adalah beban kewangan berterusan seumur hidup bagi kebanyakan mereka.
Matlamat Kempen Kami:
1. Menyediakan bekalan beg stoma untuk tempoh minimum 3 hingga 6 bulan kepada setiap pesakit yang layak.
2. Memastikan mereka menggunakan beg yang berkualiti tinggi (medikal grade) bagi mengelakkan komplikasi kulit yang menyakitkan.
3. Mengurangkan tekanan mental dan fizikal yang dihadapi pesakit dan penjaga mereka.

Kami menyasarkan kutipan dana sebanyak RM10,000 untuk membantu 10 orang pesakit ostomi yang telah dikenal pasti sepanjang tempoh ini. Marilah kita bersama-sama menjadi penyambung rezeki bagi mereka yang sedang diuji. Semoga setiap ringgit yang disalurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan di sisi Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Nov 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 04, 2025