Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Sep 17, 2023

RAYUAN DERMA STREET DAKWAH MAULIDUR RASUL

RM0 / 0.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

0 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Dakwah adalah kerja Nabi SAW yang diwariskan kepada kita. Sempena sambutan Maulidur Rasul 2023 ini, PERKIM sekali lagi akan melaksanakan Street Dakwah. Ayuh bantu kami dengan derma ikhlas!


Setiap tahun PERKIM BTP akan mengadakan program street dakwah menyantuni Non-Muslim pada hari sambutan Maulidur Rasul.




Pada 28 September 2023 ini, PERKIM BTP dengan kolaborasi Akademi Integrasi Tahfiz Al-Falah (AITAF) sekali akan melaksanakan Street Dakwah - Sebarkan Salam Maulidur Rasul 3.0 di Ijok, Selangor.



"Hanya Islam agama yang diredhai oleh Allah SWT"(Ali Imran 3:19)


Maka kita tiada pilihan melainkan wajib menyebarkan agama ini kepada umat manusia. Dakwah, adalah salah satu tanggungjawab yang diwariskan oleh baginda Nabi SAW kepada umat baginda. Untuk berdakwahlah baginda SAW diutuskan oleh Allah SWT.



Kita sayang Nabi dan sambut Maulidur Rasul


Oleh itu, PERKIM bersedia mewakili umat Islam semua untuk melaksanakan kerja yang paling Nabi SAW paling suka iaitu dakwah. Kami amat memerlukan dana untuk membeli hadiah untuk sekurang-kurangnya 100 orang Non-Muslim yang akan disantuni nanti. Jumlah diperlukan adalah RM5,000. Ayuh ambil keberkatan Rabiulawwal, bulan kelahiran baginda Nabi SAW untuk membantu PERKIM BTP menjayakan program street dakwah ini.




Walaupun RM10 sahaja sedekah anda, ingatlah mungkin membantu 100 orang Non-Muslim mengenali Islam dan mengenali baginda Nabi SAW. Ayuh! Hulurkan derma ikhlas anda hari ini!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat