RAYUAN DERMA UNTUK STREET DAKWAH MAULIDUR RASUL

Dimulakan pada:
26 Sep, 2022
RAYUAN DERMA UNTUK STREET DAKWAH MAULIDUR RASUL
10.83%
RM325
/RM3,000
24
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Bagaimana anda menyambut Maulidur Rasul? Di PERKIM kami buat street dakwah untuk memperkenalkan Nabi kita kepada Non-Muslim. Ini peluang untuk jelaskan salah faham terhadap Nabi kita. Bantulah kami!

Assalamualaikum wbt. Pada tahun 2021, untuk pertama kalinya PERKIM Cawangan Bandar Tasik Puteri (PERKIM BTP) telah menyambut Maulidur Rasul dengan melaksanakan street dakwah di sekitar Rawang dan Batu Arang, Selangor. Pada program ini, kami telah menyantuni 100 orang Non Muslim di mana kami beritahu merekahari ini adalah birthday Nabi kami, oleh itu kami berikan hadiah kepada kamu kerana kami sangat gembira”. Di samping itu, kami juga menjawab apa-apa soalan dari mereka berkaitan islam. Sukacita kami nyatakan, dari 100 orang kami santuni, tiada seorang pun yang marah atau herdik kami, sebaliknya mereka turut bergembira dan mengucapkan tahniah atau sambutan birthday Nabi saw.

Di luar sana terdapat berbagai tohmahan dan salah faham terhadap Nabi Muhammad saw kerana kita gagal mendekati mereka untuk memberitahu mereka siapa sebenarnya Nabi Muhammad saw. Serahkan perkara ini kepada ahli-ahli dan sukarelawan PERKIM BTP yang telah kami latih. Biar kami jelaskan kepada non muslim. Tahun ini, kami akan melaksanakan program ini sekali lagi dan kami sasarkan lebih ramai non muslim akan diperkenalkan siapa Nabi kita dan mesej sebarkan salam yang dianjurkan oleh baginda saw.

Pada tahun ini, sekali lagi kami akan melancarkan progrm ini. Justeru, kami amat memerlukan bantuan anda untuk menampung kos membeli hadiah-hadiah serta makan-minum para sukarelawan sekitar 40 orang yang akan menyertai program ini. PERKIM BTP amat bergantung penuh kepada sumbangan orang ramai untuk terus berdakwah dan melaksanakan amal kebajikan.

Ayuh, suburkan dakwah melalui sedekah!

Anda menyumbang, kami perkenalkan dan jawab salah faham mereka terhadap Nabi kita dan agama kita kepada non muslim. Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan.

ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه

Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

09 Oct 2022

Program Sebarkan Rahmat Sekalian Alam Maulidur Rasul

Alhamdulillah, program ini diteruskan lagi di sebelah petang walaupun hujan masih renyai-renyai.

Namun keterujaan sempena Maulidur Rasul tetap membara dihati.

PERKIM BTP telah melaksanakan program memberikan hadiah kepada Non Muslim bagi berkongsi kegembiraan kita lahirnya Nabi yang agung dan mulia sambil memberi mesej baginda adalah rahmat sekalian alam.

Terima kasih atas sokongan anda semua kepada PERKIM BTP yang membolehkan kami melaksanakan program seperti ini.

#dakwahbilhal

#sebarkansalam

#perkimbtp

09 Oct 2022

9/10/2022, 8.30 pagi.

Program Sebarkan Rahmat Sekalian Alam Maulidur Rasul

Alhamdulillah pagi ini hujan rahmat turun menyejukkan bumi Allah ini.

Namun kehangatan Maulidur Rasul tetap terasa.

Sekali lagi PERKIM BTP telah melaksanakan program memberikan hadiah kepada Non Muslim bagi berkongsi kegembiraan kita lahirnya Nabi yang agung dan mulia sambil memberi mesej baginda adalah rahmat sekalian alam.

Insya Allah program akan bersambung petang ini.

Terima kasih atas sokongan anda semua kepada PERKIM BTP yang membolehkan kami melaksanakan program seperti ini.

#dakwahbilhal

#sebarkansalam

#perkimbtp

30 Sep 2022

Salam Juma'at.

Hasil sumbangan anda nanti, kami beli buah-buahan dan pack macam ni, ketika street dakwah kami beri setiap bukan Islam satu bungkus buah-buahan dan menceritakan mengenai harijadi Nabi.

Adakah anda ingin membantu?

Sokong usaha kecil kami ini dengan sumbangan walau RM10, boleh beli dan hadiahkan walau 5 biji epal.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

NOR ASYIKIN SHAARI
NOR ASYIKIN SHAARI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 21, 2022
MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2022
ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 02, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SEDEKAH SETIAP JUMAAT
DI MANAKAH KITA SAAT PALESTIN SEDANG MENDERITA
INFAQ DANA SOKONGAN UNTUK OPERASI DAN MISI KEMANUSIAAN
BANTU HENTIKAN KELAPARAN ANAK YATIM DAN ASNAF AL BARAKH
DUIT RAYA ANAK ASNAF DAN PESAKIT KRONIK
Kempen Sumbangan Tamat