PERTUBUHAN KEBAJIKAN SINAR BAKTI

Dimulakan pada Feb 04, 2022

BANTUAN PESAKIT STROKE

RM1,570 / 31.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

101 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan kecemasan diperlukan ketika ini, seperti lampin pakai buang, susu dan perkakasan perubatan lain termasuk kos rawatan fisioterapi.


STROKE atau ‘angin ahmar’ adalah masalah kesihatan yang disebabkan oleh penyumbatan saluran darah dan bekalan darah ke sebahagian otak terganggu. Satu lagi bahagian otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak menjadi rosak atau mati, mengakibatkan tubuh dikawal oleh otak yang tidak berfungsi. Stroke adalah kecederaan saraf yang serius dan gejala-gejalanya adalah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.



Pertubuhan Kebajikan Sinar Bakti (PKSB) baru-baru ini telah melawat salah seorang pesakit stroke yang tinggal di kawasan perumahan sekitar USJ, Subang Jaya, Selangor yang memerlukan bantuan untuk menampung beberapa kos perubatan beliau. PKSB juga telah menyumbangkan barangan keperluan asas untuk meringankan beban keluarga yang terlibat.



Salah seorang mangsa stroke Encik Raja mengalami stroke pada bulan Oktober tahun lalu manakala seorang anaknya pula mempunyai penyakit di dalam perut. Sekarang dia tidak boleh bekerja seperti biasa kerana stroke dan isterinya adalah suri rumah sepenuh masa. Mudah-mudahan, Encik Raja dapat pulih dan kembali normal agar dia dapat menyara keluarganya semula. Setakat ini, dia masih memerlukan bantuan untuk menyara keluarganya.



Mereka memerlukan bantuan untuk menampung kos pembelian susu, lampin pakai buang, kos fisioterapi serta beberapa perkakasan untuk tujuan kesihatan lain. Mungkin dengan sedikit bantuan, ia dapat meringankan beban kehidupan keluarga mereka sekurang-kurangnya mereka dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.


Kami menggesa orang ramai untuk menyumbangkan secara bersama dan membantu meringankan beban keluarga yang terlibat dalam masalah ini.


Kerjasama daripada semua pihak untuk mengatasi masalah ini pada kadar segera amat dihargai. Oleh yang demikian, marilah kita bantu keluarga ini, selaras seperti firman Allah dalam surat Al-Maidah ayat 2, yang ertinya: "Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran."

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat