ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 06, 2023

SEDEKAH SUBUH DI AKHIR BULAN MAULIDUR RASUL UNTUK ANAK YATIM

RM465 / 15.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan sampai terlepas hari-hari terakhir bulan Maulidur Rasul dari keutamaan sedekah makanan di waktu yang mustajab didoakan malaikat subuh!


Memasuki hari-hari terakhir di bulan Maulidur Rasul, semoga anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera. Kita menghabiskan bulan Maulidur Rasul ini dengan khusyuk dan kesyukuran atas kurniaan Allah SWT yang telah memberikan rahmat melalui Rasulullah SAW. Inilah yang dinamakan rindu yang dipendam, apabila kita tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad SAW tetapi hati kita benar-benar dahagakan petunjuk hidup daripadanya.




Bulan di mana kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW dengan mengharap keredhaan Allah SWT agar suatu hari nanti kita mendapat syafaat dan berkumpul bersama Nabi SAW di akhirat kelak. Oleh kerana kita cintakan Rasulullah SAW, maka kita akan melakukan apa yang dicintainya, salah satunya dengan menjaga anak yatim agar kelak kita dekat dengannya.


“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (HR. Bukhari 5/270)




Marilah kita mendekatkan diri kepada Nabi Muhammad SAW dengan memberikan kasih sayang kepada insan yang disayanginya iaitu anak yatim. Dengan sumbangan anda sebanyak RM10, kami akan menyediakan bungkusan makanan asas untuk anak-anak yatim. Dengan bantuan anda, Asar Humanity memegang amanah untuk terus menyalurkan kebaikan di hati anda kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah SWT merahmati anda dan keluarga anda dengan rahmatNya. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 09, 2023

ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat