Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM70 / 2.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,500
7 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Semoga Allah SWT senantiasa melindungi dan memberikan kesihatan penuh kepada kita semua. Tahukah anda, bilakah waktu yang sangat utama dan penuh dengan keberkahan? Sebagaimana yang kita ketahui dalam hadis bahwa Rasulullah SAW berdoa kepada Allah SWT agar memberikan keberkahan di waktu pagi hari. Sabda Rasulullah, “Ya Allah, berikanlah keberkahan bagi umatku di pagi harinya.”
Dikisahkan juga sahabat Rasulullah, Shakr RA yang merupakan seorang pedagang. Ia terbiasa mengirim barang dagangannya sejak pagi hari sehingga ia menjadi sangat kaya dan banyak harta. MashaAllah, sungguh besar keberkahan yang Allah berikan kepada umat yang memanfaatkan waktu pagi dengan aktivitas yang baik.
Tuan dan Puan, Asar Humanity ingin juga mengajak anda untuk bersedekah di waktu subuh karena sudah tentu keutamaannya sangat banyak hingga Rasulullah pun meminta Allah unutk memberkati kita sebagai umatnya. Mulai dari RM10, inshaAllah anda dapat memberikan pakej makanan siap masak. Kami akan membagikan pakej makanan ini sampai kepada golongan dhuafa. Siapakah golongan dhuafa itu?
1. Anak-anak
2. Janda
3. Orang-orang fakir dan miskin
4. Mualaf
5. Hamba sahaya atau budak
6. Korban bencana
"Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."
(Surat Al Isra ayat 26)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Semoga tuan-tuan dan puan-puan sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT dalam menjalankan segala aktiviti, aamiin
Sebelum ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah membantu asnaf dalam bentuk pakej makanan. Di mana derma pada laman kempen ini telah digabungkan dengan kempen lain untuk memberikan manfaat yang lebih luas.
Dan alhamdulillah, pada hari Selasa, 4 Januari 2023, pasukan Asar Humanity menyampaikan amanat dari tuan-tuan dan puan-puan kepada 195 penduduk yang terkena dampak gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia, dan 30 pakej makanan kepada pejuang keluarga. Sehingga jumlah warga yang menerima manfaat daripada tuan-tuan dan puan-puan adalah seramai 225 orang.
Ketersediaan pakej makanan sedia untuk dimakan amat membantu dalam memenuhi keperluan makanan para penerima manfaat dan dapat menghilangkan rasa lapar mereka. Mereka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan atas kebaikan yang telah tuan-tuan dan puan-puan berikan di tengah keadaan sukar yang mereka hadapi, terutama mangsa-mangsa gempa bumi Cianjur. Puncanya, sudah lebih sebulan mereka tinggal di pemindahan kerana rumah yang mereka diami sebelum ini rosak akibat gempa bumi bermagnitud 5.6 yang menggegarkan kawasan Cianjur pada November 2022. Teringat hadis berikut yang diriwayatkan oleh Thabrani:
"Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang memberi makan." (Riwayat Thabrani).
Merujuk kepada hadis tersebut, inshaAllah tuan-tuan dan puan-puan termasuk dalam golongan yang hamba yang terbaik kerana telah memberi makanan kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan kebaikan tuan-tuan dan puan-puan ini dapat menjadi washilah terkabulnya hajat tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga dan semoga Allah SWT sentiasa melindungi tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga dari segala bahaya, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 17, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 04, 2022