TABUNG KECEMASAN BENCANA BANJIR KILAT DI KG SUGUD, PENAMPANG

RM8,390 / 8.39 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

338 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kepada saudara saudari sekalian, mohon menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan kepada 300 keluarga mangsa banjir kilat di Kg Sugud, Penampang. Mereka sekarang memerlukan bekalan makanan dan minuman.


Untuk makluman anda sekalian, pada hari Rabu, tarikh 15.9.2021, Sabah dilanda hujan lebat dan banjir kilat berlaku. Dan yang paling menyedihkan sekali,  Kampung Sugud, salah satu kampung yang dilanda teruk akibat banjir kilat. 


Seramai 300 keluarga yang teruk dilanda banjir dan pada masa sekarang menghadapi kesukaran untuk kelangsungan hidup seperti sedia kala, kerana mereka bukan sahaja hanya cuma berpakain sehelai dua baju atau berpakaian kain sarung. Malah mereka juga terputus bekalan air dan elektrik.


Segala harta benda mereka rosak, hancur bahkan dibawa arus air banjir. Selain itu juga, ada beeberapa keluarga hilang tempat berteduh. Rumah mereka telah pun hanyut dan ada pula ditimbus tanah lumpur. Amat menyedihkan dan air mata mengalir apabila terlihat foto mereka. 



Justeru itu, NGO PKPHS mohon saudara - saudari, dengan adanya keprihatinan anda sekalian. Diharap boleh menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan untuk bantu 300 keluarga mangsa banjir supaya kami boleh menghantar bekalan makanan dan air yang mencukupi. 


Sumbangan anda ketika ini amat diperlukan dan dihargai sekali, terutama sekali apa yang kita buat sekarang , membantu mereka yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan di saat yang penuh keperitan dan cabaran. 


Ayuh, saudara saudari sekalian. Marilah kita bantu mereka agar dapat memberi mereka kelangsungan hidup dan kesejahteraan. Segala sumbangan derma dari anda sekalian amat dihargai. Terima kasih.


Ikhlas daripada,

PKPHS


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

IZZUDDIN DZULKIFLI

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 25, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 25, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2021

KELUARGA SOFIATIF

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 24, 2021

RAPHEL NAZAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 24, 2021

Kempen Sumbangan Tamat