BANTU NEK SULING MENJALANI HIDUP DENGAN LEBIH SELESA

RM720 / 24.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

42 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh sahabat! Berikan keselesaan hidup pda kehidupan nenek. Bantuan yang diberikan pada beliau amat dihargai di sisi Allah. Besar ganjaran pahala yang menanti anda dikemudian hari


Kadangkala kehidupan saudara mara atau sahabat handai atau jiran tetangga menjadi satu cabaran bagi kita. Dalam kalangan kita adakalanya mengalami kehidupan yang sukar walaupun di penghujung usia. Apatah lagi tempat bergantung juga kurang berkemampuan untuk memberikan keselesaan hidup.



Nenek Suling tinggal di daerah Ledang mukim Serom. Di usia lewat 70an nenek Suling hanya tinggal di rumah yang hanya sekadar dapat melindungi panas atau hujan. Apa yang penting bagi beliau adalah keselesaan untuk beliau beribadat dan tempat tinggal. Tiada apa lagi permintaan nenek selain daripada keselesaan hidup dan bukannya kemewahan.



Namun demikian, rumah sekadar rumah dan hanya dapat melindung dari panas dan hujan. Pihak persatuan berpendapat bahawa nenek perlu dibantu demi keselesaan hidupnya. InsyaAllah bantuan akan dihulurkan walau apa sekalipun. Melihat nenek seolah-olah melihat kepada nenek kita yang sihat dan selesa di dalam rumah.



Pihak Amal akan cuba membantu sedaya upaya memberikan bantuan sama ada bantuan bakul makanan atau pun peralatan yang sesuai seperti kipas, lampu atau membaiki bahagian-bahagian rumah yang telah uzur. InsyaAllah bantuan dari sahabat-sahabat sekalian akan dimanfaatkan sepenuhnya.


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya.”

(HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

May 18, 2023

ZARIL DOL

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat