CAHAYA PELOPOR NUSANTARA

Dimulakan pada Nov 05, 2025

SUMBANGAN BERAS DAN MAKANAN SIHAT BUAT PONDOK PEDALAMAN

RM815 / 27.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

30 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbang beras & makanan sihat buat Hafiz Al-Quran di pondok pedalaman. Rebutlah pahala jariyah yang mengalir dari setiap lafaz Al-Quran yang mereka baca dan hafal.


Para pelajar tahfiz ini mengabdikan hampir seluruh masa harian mereka untuk menghafal dan memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Begitu khusyuknya mereka dalam menuntut ilmu Allah, sehinggakan soal makan minum dan bekal harian seringkali terabai.


Hidangan yang disajikan hanyalah ala kadar, lauk pauk pun sekadar yang termampu. Akibatnya, ramai dalam kalangan penghafal Al-Quran yang mulia ini terdedah kepada masalah kesihatan kerana kekurangan nutrisi dan asupan makanan yang tidak mencukupi. Mereka berkorban demi ilmu, namun tubuh badan memerlukan kekuatan. Justeru, marilah sama-sama kita prihatin dan menyediakan beras serta bekalan makanan yang berkhasiat dan layak untuk mereka agar mereka dapat membina ketahanan tubuh yang kuat demi meneruskan perjuangan menghafal kalamullah.



Hari-hari mereka bermula seawal jam 3 pagi, di mana mereka bangkit menunaikan solat tahajud sebelum terus menyambung sesi hafalan sementara menanti waktu Subuh. Rutin menghafal ini kemudiannya diteruskan lagi selepas solat Subuh, menampakkan betapa gigih dan tak pernah lelahnya mereka mengejar syurga melalui Al-Quran. Ini adalah peluang keemasan kita untuk meraih keberkatan yang melimpah ruah.




Jom rebut pahala jariyah yang tidak akan terputus daripada setiap lafaz dan huruf Al-Quran yang dibaca dan dihafal oleh para pelajar tahfiz ini. Sertai kempen ini sekarang!

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SITI SARAH ABU BAKAR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 08, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 08, 2025

GAIYETHRE

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 07, 2025

MD IZZUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2025