MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 27, 2023

SUMBANGAN BERAS KEPADA PELAJAR TAHFIZ

RM645 / 21.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

45 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BANTU KEMPEN INFAQ BERAS BULAN RAMADAN UNTUK MERINGANKAN PERBELANJAAN PELAJAR TAHFIZ.


Pihak AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah ingin memohon dana infaq beras untuk maahad tahfiz bagi memenuhi keperluan makanan harian para pelajar di bulan Ramadhan ini. Umum mengetahui, nasi adalah makanan ruji kepada orang melayu. Ia merupakan pemberi tenaga supaya manusia dapat menjalani hari mereka dengan baik. Para pelajar memerlukan beras untuk memberi tenaga buat mereka melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan juga menghafaz Al-Quran setiap hari.




Kempen ini adalah untuk membantu meringankan kos maahad tahfiz di sini kerana peningkatan kos sara hidup yang amat tinggi ketika ini. Pihak maahad berhasrat untuk mencari dana bagi menampung keperluan beras dan kelengkapan memasak nasi sepanjang bulan Ramadhan. Ia adalah untuk menampung keperluan harian 70 orang anak-anak tahfiz di sini.




Akhir kata, pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat bersama-sama merebut keberkatan Ramadan membantu untuk membuat pelaburan akhirat dengan berinfaq seikhlas hati. Marilah sama-sama  menghulurkan sumbangan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Sumbangan pihak tuan/puan sangatlah dihargai.


والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ


Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(Riwayat al-Tirmizi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat