MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 12, 2023

SUMBANGAN DAGING KORBAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ MISKIN

RM50 / 0.71 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MULAI RM10 MARI BANTU HADIRKAN DAGING KORBAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM MISKIN DI MAAHAD KAMI.


Pihak maahad membuka kempen infaq mulai RM10 bagi mencari dana untuk membeli lembu korban bagi melaksanakan ibadah korban bersama anak-anak syurga ini. Oleh itu, pihak maahad berharap muslimin dan muslimat dapat membantu anak-anak syurga ini melaksanakan ibadah korban dengan berinfaq ke tabung sumbangan lembu korban bagi menunaikan hasrat pihak maahad melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.



Pihak maahad tahfiz mencari infaq sumbangan lembu korban dan daging korban untuk melatih sifat korban dan menjamu para pelajar anak yatim dan anak asnaf ini dengan daging korban supaya para penuntut merasai dan menghayati pengorbanan yang besar yang telah dilakukan Nabi Allah Ibrahim AS dan anak baginda Nabi Ismail AS kerana menjunjung perintah Allah SWT.



Oleh kerana pengorbanan yang besar inilah dan keikhlasan baginda dan anak baginda kerana menjunjung perintah Allah SWT. Maka, Allah SWT telah mensyariatkan ibadah korban kepada umat Nabi Muhammad SAW sehingga kiamat. Ibadah korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 



Semoga apa yang kalian infaqkan untuk menghadirkan daging korban kepada anak-anak tahfiz asnaf, yatim dan miskin ini menjadi ladang pahala buat para penyumbang di akhirat kelak. Sumbangan kecil daripada anda semua amat bermakna buat mereka dengan berkongsi rezeki kepada golongan yang susah ini agar mereka dapat menikmati hidangan daging semasa Aidiladha tahun ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NABILAH BINTI ZULKIFLI ASRAP, ZAFIRAH AMANY BINTI ZULKIFLI ASRAP, NAUFAL HAKIMI BIN ZULKIFLI ASRAP

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 15, 2023

Kempen Sumbangan Tamat