MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 01, 2023

SUMBANGAN KELENGKAPAN ASRAMA PELAJAR TAHFIZ

RM285 / 6.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,500

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MEMOHON SUMBANGAN DUA BUAH MESIN BASUH UNTUK KEGUNAAN PELAJAR TAHFIZ MENCUCI PAKAIAN IBADAH. DENGAN SERENDAH RM10 MARI BANTU MUDAHKAN URUSAN PENGAJIAN ANAK-ANAK SOLEH INI.


Assalamualaikum wbt. Pihak maahad membuka seluasnya peluang infaq, sedekah buat para dermawan agar sama-sama membantu bagi menyediakan kelengkapan asrama berupa mesin basuh kepada pelajar tahfiz di sini. Sehingga kini terdapat seramai 60 orang pelajar yang sedang belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dan kelengkapan asrama seperti mesin basuh tidak mencukupi dan juga ada yang telah rosak. Oleh itu, pihak maahad berhasrat ingin membeli dua buah mesin basuh yang baharu bagi menggantikan mesin basuh yang telah rosak.



Kelengkapan asrama seperti mesin basuh amat penting di asrama pelajar tahfiz untuk memberi kemudahan kepada mereka. Disebabkan jadual pengajian mereka sangat padat mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mencuci sendiri pakaian kotor. Kehadiran mesin basuh sangat diperlukan untuk kegunaan harian bagi memudahkan mereka mencuci pakaian dengan lebih bersih.



Menjadi kewajipan pihak maahad tahfiz untuk menyediakan fasiliti yang terbaik untuk kehidupan berasrama para pelajar. Namun disebabkan kekurangan dana pihak maahad masih belum dapat membeli mesin basuh yang baharu. Ketiadaan mesin basuh ini menyukarkan para pelajar dan juga menganggu proses pembelajaran dan masa mereka kerana terpaksa membasuh baju secara manual. Mesin basuh jenis automatik akan membantu menjimatkan masa para pelajar mencuci pakaian-pakaian mereka berbanding mencuci dengan tangan.



Soal kebersihan juga perlu dititikberatkan dan diberi keutamaan kerana Islam adalah agama yang mementingkan aspek kebersihan. Tambahan pula, Allah sangat menyukai hambaNya yang pembersih. Justeru, pihak maahad berharap dengan kehadiran mesin basuh kelak dapat bantu mendidik para pelajar menjadi insan yang pembersih dan sukakan kebersihan.



Akhir kata, pihak maahad menghargai segala sumbangan daripada muslimin muslimat dermawan yang menghulurkan bantuan. Semoga dengan adanya kemudahan mesin basuh ini kelak diharap akan dapat memberi manfaat kepada setiap pelajar tahfiz supaya lebih tekun dan fokus di dalam proses pembelajaran mereka di maahad. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2023

NURFATIN NADZIRAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat