PERTUBUHAN RAUDHAH RIZQ

Dimulakan pada Oct 17, 2022

SUMBANGAN DANA BAIK PULIH SEKOLAH AGAMA RAKYAT

RM522 / 0.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM78,200

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan untuk baik pulih Madrasah Khairiah Sg. Suang Punggor Kota Belud, Sabah yang menempatkan pelajar yang berumur 13-16 tahun.


Kempen ini dibuat khusus bagi membantu membaik pulih Sekolah Agama Rakyat di Kampung Suang Punggur, Kota Belud, Sabah. Sedih, sayu, sebak dan pilu apabila kami diberitahu keadaan Sekolah Agama Rakyat di kampung ini sudah lebih 10 tahun tidak pernah dibaik pulih.




Gambar Madrasah Khairiah Kg. Suang Punggur, Kota Belud, Sabah


Apabila kita lihat dari jauh keadaan sekolah ni cantik sahaja. Namun ia sangat berbeza setelah kita masuk dan lihat sendiri keadaan sebenarnya.



Kami agak terkesan selepas melihat keadaan sekolah ini kerana tidak ada sebarang tindakan dilakukan. Oleh itu, kami dari Raudhah Rizq rasa terpanggil untuk membuat kutipan dana bagi membantu baik pulih madrasah ini. Semoga dengan sedikit bantuan yang kita hulurkan mampu memberi senyuman dan manfaat buat mereka. InsyaAllah selagi mana ia digunakan selagi itulah pahala tuan-tuan dan puan-puan mengalir. Dana madrasah menyasarkan kutipan sebanyak RM78,200 bagi merealisasikan bantuan baik pulih Madrasah Khairiah ini.



Gambar pintu kelas Sekolah Agama Rakyat yang jelas menggambarkan ia sudah lama tidak ditukar ganti.




Gambar jendela, cermin sudah tidak ada.




Gambar siling Sekolah Agama Rakyat.




Gambar kerusi, meja pelajar, whiteboard pelajar di dalam kelas.




Gambar meja guru dan sofa di bilik guru sekolah.


Pertubuhan Raudhah Rizq mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan semua. Kadang-kadang nereka ini tidak menzahirkan kedukaan atau kesusahan yang dihadapi oleh mereka. Namun atas sifat kemanusiaan yang kita miliki, mereka juga berhak mendapat tempat yang lebih selesa untuk belajar ilmu Agama. Ayuh bersama kami dalam membantu projek pengumpulan dana bagi Madrasah Khairiah Sg. Suang Punggor Kota Belud, Sabah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SUDIN BIN YAKOB, RAIDAH BINTE HASSAN & IRLIA SUMANTI BINTI SUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 30, 2022

MOHD YUSOP MOHAMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 11, 2022

Kempen Sumbangan Tamat