MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 16, 2023

SUMBANGAN PENDAWAIAN ELEKTRIK ASRAMA PELAJAR TAHFIZ

RM1,256 / 12.56 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

66 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU HADIRKAN TENAGA ELEKTRIK BUAT PENGHAFAZ AL-QURAN. MARI MENABUNG PAHALA DAN MENGHAPUS DOSA MELALUI SEDEKAH.


Dalam kehidupan moden saat ini seluruh aktiviti hidup kita memerlukan elektrik. Tidak kira di mana kita berada sama ada di rumah, pejabat, masjid dan lain-lain sangat-sangat memerlukan pengunaan tenaga elektrik. Khususnya dalam sektor pendidikan dan Maahad Tahfiz, tenaga elektrik sangat diperlukan untuk menghidupkan nafas kehidupan di sana.



Tanpa elektrik kita akan mengalami kegelapan, sukar melakukan kerja, susah belajar dan juga kepanasan. Selain itu, tanpa kehadiran cahaya daripada elektrik akan menganggu aktitivti harian kehidupan. Dengan kehadiran elektrik banyak memberi manfaat untuk kita meneruskan hidup dengan selesa.



Sehubungan itu, pihak maahad dengan sukacitanya mengadakan kempen untuk sumbangan pendawaian elektrik asrama pelajar kepada semua muslimin muslimat. Asrama ini akan menempatkan seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan anak-anak yatim dan juga asnaf. Pihak maahad berharap kerja-kerja pendawaian elektrik ini dapat dijalankan secepat mungkin sebelum tibanya Ramadhan tahun 2023 ini.



Hasil daripada sumbangan orang ramai syukur Alhamdulillah bangunan baharu asrama pelajar telah siap dibangunkan. Sekarang pihak maahad dalam usaha untuk mengumpul sumbangan bagi kerja-kerja pendawaian elektrik. Pendawaian elektrik ini sangat penting bagi menjamin keselesaan para pelajar di sini agar mereka tidak kepanasan di malam hari dan juga kegelapan pada waktu sebelah malam.


Dengan kehadiran elektrik di asrama pelajar ini kelak akan membantu memudahkan urusan seharian para pelajar untuk melakukan kegiatan hari mereka dengan selesa. Ketika ingin mandi, menyucikan diri daripada hadas kecil, berwudhuk, mencuci pakaian dan sebagainya memerlukan pengunaan elektrik pada waktu sebelah malam.



Oleh itu, jangan sia-siakan kesempatan untuk beramal jariyah hari ini. Mari menabung pahala akhirat dengan membantu hadirkan elektrik di asrama pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Rebut peluang pahala yang Allah SWT tawarkan bagi amal sedekah jariyah terutamanya di bulan yang istimewa termasuk ganjaran bersedekah di hari jumaat.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kemurahan hati para dermawan yang membantu usaha pendawaian elektrik asrama pelajar di sini. Semoga dengan sumbangan kalian Allah limpahkan keberkatan, mudahkan urusan kalian untuk saling berlumba-lumba melakukan amal kebaikan kepada umat islam yang memerlukan dan juga dapat berikan kebahagian buat penerima manfaat sedekah tersebut.


“Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan infakkanlah (di jalan Allah) sebagian dari harta yang Dia telah menjadikan kamu sebagai penguasanya (amanah). Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (hartanya di jalan Allah) memperoleh pahala yang besar.”

(S Al-Hadid:7)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2023

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat