MAAHAD TAHFIZ AL BUSYRA

Dimulakan pada Nov 09, 2023

KOS OPERASI MAAHAD BAGI MELANCARKAN AKTIVITI PELAJAR

RM10 / 0.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan untuk menampung kos program dan aktiviti pelajar tahfiz Quran.Program dan aktiviti pelajar terpaksa dihadkan dan mengutamakan kos perjalanan harian maahad tahfiz.


Kos operasi perjalanan maahad tahfiz semakin meningkat sehingga memberi impak yang besar kepada pembelajaran, pengajaran dan aktiviti anak-anak tahfiz. Hal ini disebabkan kenaikan harga kos barangan semasa di negara kita yang semakin lama semakin membebankan rakyat. Program dan aktiviti pelajar terpaksa dihadkan bagi menumpukan kos perjalanan harian maahad tahfiz iaitu pembelajaran dan perbelanjaan makanan harian anak-anak tahfiz.



Program dan aktiviti sangat penting bagi anak-anak tahfiz untuk melahirkan para huffaz yang berdaya saing dalam semua bidang. Sumbangan anda amat kami hargai walaupun RM10 akan dapat memberikan pahala yang berterusan selagi sedekah kita mengalir pada setiap anak-anak ini. 



Rasulullah Saw ditanya oleh sahabat beliau:


“Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah?


“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain. Sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapus kesusahan orang lain, atau melunasi utang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan.”(HR. Thabrani)



Akhir kata, pihak pengurusan Maahad Tahfiz Al Busyra mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas segala jasa baik kepada kami. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan peluang untuk beramal melalui infak untuk program dan aktiviti pelajar tahfiz Quran dengan bersedekah kepada mereka agar pahala terus mengalir daripada ilmu yang diperoleh dan diamalkan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat