MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 01, 2023

SUMBANGAN REHAL UNTUK PELAJAR TAHFIZ ASNAF

RM665 / 22.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

54 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI SEDIAKAN REHAL TERBAIK BUAT PENGHAFAZ AL-QURAN. SEMOGA SUMBANGAN ANDA DIBERI GANJARAN TERBAIK DARIPADA ALLAH SWT.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah, Ayer Hitam, Kedah mempelawa para penyumbang untuk berinfaq mulai RM10 bagi menyediakan rehal kepada pelajar tahfiz asnaf di maahad. Sebagaimana kita tahu Al-Quran merupakan mukjizat dan kalam Allah yang mulia dan menjadi kewajipan untuk meletakkan Al-Quran di posisi yang tinggi iaitu di atas rehal bagi mendidik pelajar menjaga adab sepanjang berdamping dengan Al-Quran setiap hari. Sumbangan rehal ini bertujuan memberi pelajar kemudahan untuk meletakkan Al-Quran pada tempat yang tinggi dan selayaknya dan lebih menjaga adab dengan Al-Quran.




Pihak maahad memerlukan 20 unit rehal jenis Turki ini bagi kemudahan dan keselesaan para pelajar kami. Oleh kerana pihak maahad mempunyai kekangan dari sudut kewangan bagi meyediakan rehal yang terbaik dan berkualiti, maka pihak maahad mengambil inisiatif mengadakan kempen untuk memohon sumbangan daripada tangan-tangan ghaib yang sudi menyumbang bagi pembelian rehal turki ini. Harga seunit rehal turki ini ialah RM75. 



Kewujudan rehal yang terbaik dan berkualiti pasti akan membangkitkan semangat para pelajar di sini untuk berdamping dengan Al-Quran setiap hari. Rebutlah kesempatan beramal jariyah dalam rangka membantu memudahkan urusan pengajian para pelajar tahfiz di sini. Sumbangan infaq ini diperlukan untuk pembelian rehal Al-Quran bagi para pelajar tahfiz asnaf dan juga anak-anak yatim untuk menghafal Al-Quran. Insya-Allah seberapa pun infaq yang muslimin dan muslimat berikan akan sangat bermanfaat dalam usaha melahirkan generasi Al-Quran di sini. 



Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kemurahan hati para dermawan yang membantu atas jalan ketakwaan berinfaq rehal Al-Quran terbaik kepada para pelajar tahfiz asnaf di sini. Semoga sumbangan infaq kalian menjadi penyelamat di akhirat kelak asbab membantu golongan yang berjihad menuntut ilmu fisabillah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD RAHIM BIN JAAFAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat