AKADEMI TAHFIZ AL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 05, 2023

SUMBANGAN VAN ATAH

RM845 / 1.69 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu berikan kembali keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak tahfiz Akademi Tahfiz Al Hidayah. Dana untuk mengumpulkan tabung pembelian van sangat diperlukan saat ini.


Akademi Tahfiz Al Hidayah sudah mencapai usia lebih 20 tahun operasinya di Jalan Gurney 3 Kuala Lumpur. Untuk makluman semua, kenderaan (van) kegunaan harian sekolah sudah berada dalam keadaan uzur. Van sekolah digunakan setiap hari untuk mengambil dan menghantar pelajar asrama dan transit. Disebabkan jumlah pelajar kini hampir 200 orang, van perlu melakukan banyak trip perjalanan dalam sehari.




Selain itu, van turut menjadi pengangkutan utama apabila membawa anak-anak tahfiz dan asnaf untuk melakukan aktiviti di luar atau memenuhi jemputan luar seperti solat Jumaat, qasidah, jamuan, dan lain-lain lagi. Van ini turut digunakan dalam urusan membeli dan mengangkut barang keperluan untuk anak-anak tahfiz, yatim dan juga asnaf.




Kini van sekolah tidak lagi mampu untuk menampung perjalanan dalam jarak yang jauh disebabkan masalah enjin dan ruangan kabin yang tidak selesa akibat daripada beberapa kerosakan yang berlaku. Jom bersama kembali berikan keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak Akademi Tahfiz Al Hidayah. Sumbangan anda kami dahului dengan jutaan terima kasih dan kami mendoakan setiap sumbangan yang diberikan dibalas dengan kebaikan yang berterusan dunia akhirat kerana telah memudahkan urusan kami menguruskan pelajar-pelajar fisabilillah ini pergi ke sekolah menuntut ilmu. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 27, 2023

MOHAMMAD IZAL

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat