MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 28, 2022

KUTIPAN SUMBANGAN SEBUAH VAN UNTUK MAAHAD TAHFIZ BAGI KEGUNAAN AKTIVITI KEAGAMAAN

RM1,410 / 0.71 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

98 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah mempelawa orang ramai untuk bersama sama menyertai kutipan sumbangan van maahad tahfiz bagi kegunaan aktiviti keagamaan anak anak tahfiz.


Saya mewakili AJK Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah. Ayer Hitam, Kedah ingin memohon sumbangan sebuah van daripada pihak tuan/puan untuk menjalankan aktiviti keagamaan maahad kami di sini seperti pergi menunaikan solat jumaat, solat jenazah, majlis bacaan yassin dan tahlil masyarakat setempat dan lain-lain aktiviti menimba ilmu dari luar kawasan. Pihak maahad berharap dengan adanya sebuah van ini dapat membantu kegiatan aktiviti maahad seperti perkara dinyatakan.



Sehubungan dengan itu, pihak maahad berharap pihak tuan/puan dapat membantu merealisasikan hajat dan impian pihak maahad untuk memiliki sebuah van bagi tujuan tersebut. Maahad kami di sini seperti maahad-maahad tahfiz yang lain juga dalam serba kekurangan dalam menyediakan prasarana yang lengkap dalam untuk memartabatkan institusi pengajian tahfiz dan kitab-kitab thuras in syaa allah dengan adanya kenderaan yang lengkap dapat memudahkan para-para pelajar untuk pergi menuntut ilmu dan menjalankan aktiviti keagamaan setempat dengan mudah.



Akhir kata, segala tindakan dan jasa baik pihak tuan/puan dalam membantu pihak kami untuk memartabatkan kalimah allah swt di muka bumi ini kami mengucapkan ribuan terima kasih dan jazakallahukhairan jaza' hanya allah swt sahaja dapat membalasnya.



وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا.

Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”

(Surah Al-Muzzammil: 20)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 17, 2022

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 10, 2022

Kempen Sumbangan Tamat