Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM970 / 3.88 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah, melalui Program Kerusi Roda ASAR Humanity, kami telah berjaya menyampaikan kerusi roda kepada beberapa warga emas yang menghidap masalah kesihatan serius dan tidak lagi mampu menyara diri sendiri. Sebahagian daripada mereka masih terpaksa bekerja demi sesuap nasi, walaupun tubuh semakin lemah. Ada yang tidak mampu berdiri lama, ada juga yang hanya terlantar, namun mereka masih berusaha untuk terus hidup dengan penuh kesabaran.

Melalui kempen ini, kami bukan sahaja menghantar kerusi roda, tetapi juga menyampaikan bantuan makanan, susu, vitamin dan keperluan nutrisi asas yang amat penting bagi kesihatan mereka. Dengan sumbangan anda, mereka kini dapat bergerak dengan lebih bebas, lebih berdikari, dan yang paling penting, merasakan bahawa mereka tidak dilupakan.

"Siapa yang melepaskan satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim)

Setiap kerusi roda yang disumbangkan adalah satu jalan kebaikan dan pahala yang berterusan. Mari kita terus membantu mereka yang diuji dengan kelemahan tubuh, agar mereka tetap dapat hidup dengan maruah dan bahagia. Terima kasih kepada para penyumbang yang budiman. Semoga Allah menerima setiap amalan kita dan memberkati kehidupan kalian semua.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jul 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 01, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 30, 2025