YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT

Dimulakan pada May 08, 2025

SUMBANGAN DAGING KORBAN UNTUK KAMPUNG MUALAF PEDALAMAN

RM320 / 0.64 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita hulurkan sumbangan untuk korban tahun ini khas buat saudara-saudara kita di Kampung Mualaf Pugag.


Kampung Mualaf Pugag terletak jauh di pedalaman di kawasan perbukitan Desa Kutawaringin, Mukim Salajambe, Daerah Kuningan, Jawa Barat. Lokasinya memang tinggi, lebih kurang 1,500 meter dari paras laut. Kalau nak sampai, kena jalan kaki jauh dan mendaki bukit yang licin dan berbatu.


“Dah lebih kurang lima tahun kami tak merasa daging korban dekat kampung ni. Lepas tu, langsung takde lagi,” luah Pak Darkam, salah seorang penduduk Kampung Pugag.



Dekat kampung ni, ada 23 buah keluarga dengan 68 orang penduduk. Daripada jumlah tu, 56 orang adalah saudara Muslim dan mualaf, manakala selebihnya beragama Kristian. Tapi alhamdulillah, mereka hidup rukun dan saling hormat-menghormati dan bantu-membantu walaupun berlainan agama.



Kebanyakan penduduk disini kerja sebagai petani kopi dan kapulaga, tapi pendapatan sangat tak menentu sekitar RM100 ke RM150 sebulan. Nak cukup makan seharian pun susah, apatah lagi nak beli daging atau tunaikan ibadah korban.



Bila ditanya, semua kata mereka nak sangat berkorban. Tapi apakan daya keadaan hidup tak mengizinkan. Malah, dah lima tahun berturut-turut Hari Raya Aidiladha berlalu tanpa walau secebis pun daging korban sampai ke kampung mereka. Antara sebabnya ialah laluan masuk yang sangat sukar kena berjalan kaki sejauh 2.5km atas jalan curam, berbatu dan becak bila hujan. Sebab tu tak ramai yang sanggup hantar korban ke sana.



Tapi percayalah, daging korban ni lebih dari sekadar makanan. Ia jadi penguat semangat dan tanda ukhuwwah bahawa saudara mualaf kita tak dilupakan, dan mereka sebahagian dari ummah. Jadi kami menyeru, wahai sahabat budiman…


Marilah kita hulurkan sumbangan untuk korban tahun ini khas buat saudara-saudara kita di Kampung Mualaf Pugag. Walaupun kita tak mampu ke sana, biarlah korban kita yang sampai.



Insya-Allah, setiap sen yang anda sumbangkan akan jadi amal jariah dan akan menjadi saksi kebaikan kita di akhirat kelak. Aamiin Ya Rabb. Semua dana yang terkumpul akan digunakan untuk membeli haiwan korban, dan dagingnya akan diagihkan kepada saudara-saudara mualaf di Kampung Pugag serta kawasan pedalaman lain yang memerlukan


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2025

Kempen Sumbangan Tamat