INFAQ SELIPAR KEGUNAAN MASJID

RM1,055 / 21.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

73 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BERSAMA-SAMA BERINFAQ DALAM MEMUDAHKAN URUSAN PARA JEMAAH MASJID MENUNAIKAN KEWAJIPAN SOLAT MENERUSI KEMPEN "MARI SEDEKAH SELIPAR MASJID", INSYA-ALLAH, AMIN YA ALLAH YA MUJIB.


Assalamualaikum WBT. Mari Sedekah Selipar Masjid adalah satu kempen yang memberikan peluang kepada penderma-penderma di sumbangan.com untuk turut sama menyumbang. Mungkin kempen ini nampak remeh, tetapi jika kita lihat dari sudut pahala sedekah, ianya sangatlah besar.



Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (PKPR Batu Pahat) terpanggil untuk mengadakan kempen ini biarpun pada dasarnya nampak kurang penting, namun pada zahirnya ia dapat menggalakkan masyarakat untuk turut serta dalam menjaga kebersihan masjid. Sering kali apabila kita berjemaah di masjid atau surau, selipar untuk kegunaan ke tandas atau mengambil wudhu tidak mencukupi atau berada dalam keadaan yang uzur.



Justeru itu. pihak PKPR melihat bahawa ini adalah salah satu cara bagaimana masyarakat dapat membantu pihak jawatankuasa masjid dalam menangani isu ini. Dengan sumbangan yang diberikan oleh penderma, pihak persatuan akan mengedarkan selipar-selipar ini ke masjid-masjid atau surau-surau yang terpilih. Nampak remeh, namun bayangkanlah pahala yang akan mengalir setiap kali selipar itu diguna pakai oleh jemaah masjid.



Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambahkan kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (Hadith Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM35.00

Jul 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat