Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Aug 19, 2025

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN SUMUD FLOTILLA GAZA

RM15,415 / 15.42 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

428 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersama kita buktikan, sumbangan rakyat Malaysia akan menggerakkan kapal bantuan menuju Gaza. Ayuh, hentikan derita saudara kita di sana!


Satu Hati Malaysia, Satu Arah – Bantuan ke Gaza


Di bumi Gaza yang terus disekat, ribuan anak kecil, wanita dan warga tua menanggung derita tanpa makanan, ubat-ubatan, dan kebebasan. Setiap hari mereka berjuang untuk hidup dalam keadaan penuh ketakutan, sementara dunia hanya mampu melihat dari jauh. Derita mereka bukan lagi sekadar angka di dada akhbar, tetapi jeritan sebenar dari jiwa-jiwa yang tidak bersalah.



Atas dasar kemanusiaan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berdiri bersama Sumud Flotilla iaitu misi antarabangsa yang menghimpunkan lebih 70 kapal dari 39 negara untuk menghantar bantuan kemanusiaan terus ke Gaza melalui laluan laut.




Misi ini bertujuan untuk menghantar bantuan kemanusiaan serta mendesak agar sekatan ke atas Gaza melalui laluan laut dihentikan. Inisiatif ini bukan sahaja tentang makanan dan ubat-ubatan, tetapi simbol keteguhan bahawa rakyat Gaza tidak pernah dilupakan.



Namun, perjuangan ini tidak akan mampu diteruskan tanpa sokongan rakyat Malaysia. PPIM dan MAPIM menyeru kita semua agar berganding bahu, menyumbang seikhlas hati untuk memastikan bantuan dapat disalurkan. Setiap ringgit yang kita hulurkan adalah cahaya harapan buat mereka yang terperangkap dalam kegelapan perang. Gaza sedang menunggu dan kita tidak boleh berpaling lagi.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 24, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 24, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 24, 2025

KHAZRIN BIN KAMARULZAMAN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 24, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 24, 2025