SURAU AL-MUQARRABIN ALAM SURIA

Dimulakan pada May 12, 2022

INFAQ FISABILILLAH PEMBINAAN SURAU AL-MUQARRABIN ALAM SURIA

RM10,153 / 20.31 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

487 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rayuan infaq fisabillah pembinaan surau al-muqarrabin alam suria. Gajaran berpangjangan untuk bekalan dan kebahagiaan akhirat serta juga kebahagiaan didunia yang sementara ini.


Assalammualaikum WBT para penderma budiman yang dirahmati Allah. Surau Al-Muqarrabin telah mendapat kelulusan JAIS untuk pembangunan sejak tahun 2017, dan sehingga kini dana yang perlukan masih belum mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan.




Ianya kini menjadi satu keperluan utama apabila pembukaan fasa penempatan baharu, pertambahan penduduk, dan ahli kariah. Surau sementara yang didirikan sudah semakin uzur dan perlu menyegerakan pembinaan baharu. Sesungguhnya amat besar ganjaran pahala yang diberikan Allah SWT ke atas orang-orang yang bersedekah, lebih-lebih lagi untuk pembinaan surau / masjid.


Surau Al-Muqarabbin kini dalam pembinaan. Dana masih terus diperlukan memandangkan kos bahan binaan seperti besi kini telah meningkat satu kali ganda dan sasaran asal kutipan juga perlu diselaraskan dengan perkembangan harga semasa bahan binaan dengan anggaran diperlukan hampir RM400,000.00


Semoga sumbangan, infaq dan sedekah Dato/Datin/Tuan/Puan akan diberkati Allah SWT dan diberi ganjaran yang mengalir sepanjang kehidupan dan alam selepas kematian sebagai taman-taman syurga. Kami seluruh warga alam suria yang terlibat dalam keperluan surau ini mendoakan kebahagiaan, kesejahtaraan, kesihatan dan kemakmuran kepada seluruh penyumbang yang budiman.


 Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat