AKADEMI TAHFIZ AL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 22, 2022

INFAQ INFRASTRUKTUR MUSOLLA

RM2,265 / 7.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

69 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bersama membantu memberikan nafas baru kepada surau anak-anak Tahfiz Al Hidayah. Semoga sumbangan tuan/puan diganjari dengan sebesar-besar ganjaran di sisi Allah swt.


Assalamualaikum wbt para hadirin yang budiman. Akademi Tahfiz Al Hidayah sudah mencapai lebih 20 tahun beroperasi di Jalan Gurney 3 Kuala Lumpur. Untuk makluman semua, surau utama kami yang sudah dimamah usia ini adalah tempat utama untuk program-program perhimpunan anak-anak di sini selain berfungsi sebagai tempat kami melakukan ibadah rukun islam yang ke-2 secara berjemaah sehari semalam. Kini, surau ini sudah berada dalam keadaan yang perlu dinaiktaraf semula demi memastikan keselamatan anak-anak tahfiz disini. 



ATAH merupakan sebuah organisasi sekolah yang kecil dan serba kekurangan dalam menyediakan kemudahan yang sempurna kepada pelajar-pelajarnya. ATAH pada permulaannya, menawarkan perkhidmatan pendidikan Tahfiz sahaja. Namun begitu, oleh kerana terdapat permintaan terhadap Sistem Pendidikan Islam Bersepadu yang menggabungkan penerapan nilai-nilai Islam (Tahfiz dan Deeniyah) dan pendidikan secara formal (KSSR dan KSSM) seperti sekolah-sekolah biasa, maka lahirlah Akademi Tahfiz Al Hidayah (ATAH) sebagai pusat pendidikan dan aktiviti remaja yang holistik.




Semenjak sesi persekolahan tahun 2022, kami bergilir dalam 3 kumpulan jemaah untuk menunaikan solat kerana menggunakan ruangan lain yang sedikit kecil. InshaAllah surau terbuka yang akan dinaiktaraf ini dapat mengembalikan rutin harian ibadah kami secara beramai-ramai. Surau ini juga akan digunakan sebagai kelas bagi murid-murid yang sekarang menggunakan sebahagian ruang tersebut bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Akhir kalam, pihak Akademi Tahfiz Al Hidayah mendahului sumbangan tuan/puan dengan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan tuan/puan.




Perkara Yang Baik Tidak Harus Ditangguh


Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang akan mendapat kemenangan.

(Surah At-Taubah, Ayat 20)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Nur Asma binti A Samat

Jumlah: 9

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat