PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Mar 28, 2023

TABUR BAKTI BAIK PULIH SURAU PEDALAMAN

RM675 / 1.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

38 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Baik pulih surau pedalaman Sarawak dan Sabah ini dapat membantu sesama saudara seIslam yang kekurangan. Semoga dengan usaha kecil ini dapat menjadi saham kita di akhirat sana.


Saudara Muslim kita yang berada di pedalaman Sarawak dan Sabah memerlukan keprihatinan rakyat Malaysia. Membantu projek baik pulih surau-surau dhaif khususnya di pedalaman dan luar bandar sebenarnya dapat membantu masyarakat di sana dalam mendapatkan keselesaan, kemudahan dan sekaligus melancarkan proses aktiviti keagamaan mahupun kemasyarakatan di sana.


Jika anda tengok gambar-gambar keadaan surau di bawah, anda boleh bayangkan keadaan surau-surau di kawasan pedalaman yang telah kami lawati semasa misi bantuan pasukan B-Humanity ke Sarawak dan Sabah. Keadaan surau-surau di pedalaman ini uzur dan mengalami banyak kerosakan.




Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tempat yang paling disukai Allah di dalam sesuatu negeri itu ialah masjid-masjidnya."



Infaq ialah suatu yang diberikan untuk kepentingan dan kegunaan orang ramai dengan tujuan untuk mendapatkan kebaikan dan keredhaan Allah SAW. Amalan berinfaq merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah selagi mana harta yang diinfaqkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Ganjaran pahalanya akan terus berkekalan walaupun penginfaq itu telah meninggal dunia.




Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat beri faedah dan anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NADIA BINTI ABDUL RAHMAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 31, 2023

Kempen Sumbangan Tamat