PENDUDUK FLAT PADANG HILIRAN RAYU BANTUAN NAIKTARAF SURAU DIPERCEPAT

RM3,494 / 6.99 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

168 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Masyarakat di sini masih berharap agar proses naik taraf surau akan direalisasikan dengan segera. Rata-rata jemaah di sini adalah warga tua dan tiada sumber kewangan yang baik. Bantulah kami!


Assalamualaikum wbt buat para penyumbang sekalian. Kami jawatankuasa Surau As-Syabab Flat Padang Hiliran dengan rendah hati ingin memohon sumbangan untuk menaiktaraf surau kami yang sudah lama dan sekarang sedang diserang anai-anai. Kita boleh infaqkan sebahagian wang ringgit dan harta kita sebagai pelaburan serta bekalan untuk hari akhirat kita. Boleh juga diniatkan sumbangan anda untuk kedua ibu bapa yang masih hidup atau yang telah meninggal. Semoga ianya menjadi sedekah jariah yang berpanjangan.



Bagi menaiktaraf dan membina bangunan baru Surau As-Syabab dan Tahfiz As-Syabab Flat Padang Hiliran 21100 Kuala Terengganu ini, kami memerlukan sumbangan dari anda semua. Selain bersedekah untuk diri sendiri, anda boleh berniat bersedekah untuk ibubapa kita dan adik beradik kita yang telah meninggal dunia ataupun yang masih hidup sebagai tanda kasih sayang kita terhadap mereka.


“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak(binaan) seumpamanya.” (Hadis Riwayat Muslim)




Untuk makluman anda, pihak surau dalam perancangan untuk menaiktaraf surau setinggi 3 1/2 tingkat yang lebih selesa berbanding surau sekarang yang telah diserang anai-anai yang boleh memuatkan jemaah yang lebih ramai berbanding surau sekarang yang kecil. Tambahan pula, surau ini telah menjadi pusat untuk membuat sebarang aktiviti bersama penduduk iaitu majlis berbuka puasa, maulidur rasul dan aktiviti-aktiviti lain.



Hal ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada para pelajar dan orang ramai yang akan berkunjung ke Surau As-Syabab. Bangunan surau baru yang akan dibina terdiri daripada saf lelaki dan wanita, pusat tahfiz, bilik guru dan pejabat tahfiz. Semoga Allah memberi keberkatan, rezeki yang melimpah dan kesihatan yang baik selalu kepada anda.


“Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba’: Ayat 39)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 29, 2023

JULIANA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2023

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat