PEMBINAAN TEMPAT WUDUK DAN BUMBUNG BERSAMBUNG KE RUANGAN SOLAT

RM285 / 1.43 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SURAU INI MEMERLUKAN PERHATIAN DAN BANTUAN DARI SAHABAT SAHABAT. BANTULAH JEMAAH SURAU UNTUK KESELESAAN DALAM BERJEMAAH. GANJARAN SEDEKAH MENANTI KITA PADA MASA HADAPAN.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ibadat dan dakwah adalah tunggak kejayaan dalam kehidupan dan keimanan. Perkara pertama yang Rasulullah SAW lakukan sebaik sahaja tiba di Madinah adalah membina masjid. Ini membuktikan bahawa masjid dan surau bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah, tetapi juga merupakan pusat komuniti, masyarakat dan sosial.



Begitu pun jua, untuk membina masjid atau surau memerlukan kos dan mengekalkan atau menjaganya juga perlukan kos. Surau Haji Gerula, Pulau Gandang Kg. Serusup Tuaran adalah sebuah pusat yang memainkan peranan sebagai pusat ibadat dan dakwah dalam komuniti. Ia telah dibina dan telah berkhidmat untuk masyarakat setempat. Namun, seiring dengan peredaran zaman, surau ini juga memerlukan penambahbaikan. Surau ini hanya mahu membina bumbung dari tempat wuduk ke ruangan solat.



Sehubungan dengan itu, pihak Pertubuhan Cinta Tanpa Sempadan terpanggil untuk membantu. Kos yang diperlukan dalam anggaran RM20,000.00. InsyaAllah sekiranya target ini dicapai maka mengalir pahala para penyumbang umpama sungai yang mengalir.



Berkat usaha kita semua, ianya akan menjadi asbab kebaikan bukan sahaja kepada diri kita malah kepada seluruh ahli keluarga kita sekali. Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

(Surah Muhammad: Ayat 7)



Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu khair.


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ


"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah." (Surah At-Taubah: 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 15, 2023

HANNA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 15, 2023

Kempen Sumbangan Tamat