Maahad Tahfiz Darul Qodiriah

Dimulakan pada Jun 08, 2022

BANTUAN PEMBANGUNAN SURAU MAAHAD TAHFIZ DARUL QODIRIAH

RM3,995 / 0.44 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM900,000

190 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Maahad Tahfiz Darul Qodiriah ingin mempelawa orang ramai untuk menyumbang ke atas pembinaan surau yang bakal dimanfaatkan sebagai kuliah warga setempat, warga emas dan pelajar tahfiz.


Assalamualaikum w.b.t. Maahad Tahfiz Darul Qodiriah ingin mempelawa orang ramai untuk menyumbang ke atas pembinaan surau yang bakal dimanfaatkan sebagai kuliah warga setempat, warga emas dan pelajar tahfiz. Pada waktu ini, asrama yang sedia ada telah dipelbagaikan fungsinya sebagai kelas, surau dan juga dewan makan. InsyaAllah, dana yang terkumpul akan digunakan untuk menyediakan fasiliti yang lebih lengkap untuk pelajar Tahfiz dan memberikan mereka keselesaan pada masa akan datang.


Bukan itu sahaja, fasiliti yang lebih lengkap juga akan mendatangkan manfaat yang lebih besar kepada peserta Kem Cuti Sekolah pada setiap hujung tahun. Kem ini dijalankan oleh pihak Maahad Tahfiz Darul Qodiriah secara percuma dan terbuka untuk pelajar yang berminat.



Gambar: Perancangan pembinaan surau yang bakal memuatkan lebih 300 pelajar


Matlamat utama pembinaan surau ini adalah untuk menampung 300 orang pelajar yang mendaftar untuk menyertai Kem Cuti Sekolah ini. Kami juga bercita-cita ingin terus menjalankan kem ini secara percuma supaya lebih ramai pelajar yang dapat menyertainya, terutamanya dari kalangan golongan asnaf. Apabila siap sahaja bangunan yang dirancang, pihak Maahad Tahfiz Darul Qodiriah juga betekad untuk membiayai sepenuhnya pembelajaran pelajar Tahfiz di Maahad ini. Pada masa hadapan, bukan kem sahaja yang akan menjadi percuma, pelajar juga akan mendapat pembiayaan sepenuhnya supaya mereka dapat belajar dengan aman dan tenteram.



Di Maahad Tahfiz Darul Qodiriah, pelajar bukan sahaja belajar ilmu agama. Mereka juga dilengkapkan dengan pelbagai skil kemahiran hidup. Mereka diajar menjahit, bertukang dan bercucuk-tanam. Pelajar mula bangun seawal pukul 3 pagi untuk solat malam, zikir dan melakukan solat sunat. Kelas Hadis dan Al-Quran akan bermula pada waktu pagi. Selepas rehat, pelajar akan belajar Fardhu Ain, Fekah, Tauhid, Hadis, Tasawuf, Sirah dan juga Tajwid. Pada waktu malam pula, mereka akan solat Maghrib dan meneruskan hafalan sehingga pukul 10 malam. Ini adalah serba sedikit mengenai jadual pelajar di Maahad Tahfiz Darul Qodiriah.


Buat masa ini, tenaga pelajar di Maahad Tahfiz Darul Qodiriah adalah seramai 4 orang. Keluasan pusat tahfiz di sekitar 2 ekar. Disebabkan ketiadaan bangunan yang sesuai, bangunan asrama sedia ada dipelbagaikan fungsi. Oleh sebab itu, bantuan dari pihak lain untuk mewujudkan tempat yang selesa untuk pelajar amat dialu-alukan.



Gambar: Surau Maahad Tahfiz Darul Qodiriah dalam pembinaan


Pada masa akan datang, Maahad Tahfiz Darul Qodiriah akan terus komited dalam menjalankan pelbagai aktiviti serta program untuk pelajar di sekolah ini. Setiap sumbangan akan digunakan untuk memastikan anak-anak yang belajar di Maahad Tahfiz ini terus terbela dan dapat belajar dengan lebih baik dalam kondisi yang selesa.


Barangsiapa yang menyalurkan hartanya di jalan Allah akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan. Ini bertepatan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”


Jom #BuatBaik!




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat