TABUNG PEMBINAAN SURAU PEMAAF

RM620 / 0.62 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

"Semoga apa pun yang kamu perjuangkan hari ini Allah berikan kelancaran, sehingga berakhir dengan hasil yang memuaskan."


PEMAAF berhajat untuk membina satu surau di kawasan Bangi di Jalan Persiaran Kemajuan, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi Kajang di kawasan tepi jalan berdekatan dengan Balai Polis Bandar Baru Bangi serta Jabatan Bomba. PEMAAF dalam perancangan mengumpul dana dahulu sebelum perancangan surau itu dimulakan, hajat untuk membina surau ini sejak tahun 2018 lagi, namun tidak kesampaian lagi kerana masalah kewangan. Tujuan dana dikumpul untuk meneruskan hajat tersebut sebelum pemulaan perancangan pembinaan dibuat. Diharap para penyumbang dapat memberikan bantuan supaya hajat ini dapat dicapai.



Surau merupakan institusi utama agama Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai tempat beribadat, malah mempunyai pelbagai fungsi dalam melahirkan insan yang berjiwa murni dan berakhlak mulia. Kewujudan surau ini akan dapat memantapkan lagi usaha pembentukan keperibadian bekas pesalah penjara yang telah bebas dan dibimbing oleh PEMAAF yang akan memiliki ciri-ciri seimbang dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Keperibadian tersebut akan dijelmakan dalam sikap bertanggunjawab, sentiasa bermotivasi, semangat sukarela dan patriotik yang merupakan teras dalam menggerak dan memacu kemajuan serta kemakmuran negara



Keberadaan surau yang selesa adalah penting bagi memenuhi keperluan program-program pengisian rohani serta meningkatkan penglibatan bekas peslah penjara dalam kegiatan kemasyarakatan setempat. Dengan bermatlamat membangunkan sahsiah dan kecemerlangan insan yang seimbang dan sejahtera, adalah diharapkan surau yang dibina ini dapat berperanan sebagai wadah yang mampan dalam usaha melahirkan generasi masa negara yang terbaik tanpa mengira latar belakang. Kewujudan surau ini adalah bersandarkan pada konsep-konsep utama pentarbiahan akhlak insan yang menjadi tunggak utama kemenjadiandan kecemerlangan manusia yang bakal manjadi pewaris Negara ini dan tak mustahil boleh jadi pemimpin suatu hari nanti.



Misi pembinaan surau PEMAAF adalah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam supaya dapat membentuk bekas pesalah penjara untuk mengimbangi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan objektif yang telah digariskan. Menjaga nama baik agama islam dan pusat sebelum, sepanjang dan selepas pembinaan surau dijalankan.



Matlamat penubuhan surau ini adalah untuk membangunkan dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup pelajar beragama Islam di PEMAAF ini. Menarik dan menggalakkan individu Islam kearah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk akhlak yang baik. Memberi motivasi diri dan memaksimumkan keyakinan diri bekas pesalah penjara melalui pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah yang akan disediakan. Melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihatin serta mengetengahkkan pengisian intelektual dan kehidupan bersosial. Meningkatkan kemahiran berorganisasi, kepimpinan, komunikasi, keyakinan diri, pengalaman dan jati diri bekas pesalah penjara.



Objektif yang perlu dicapai adalah disaping itu untuk mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan orang ramai kerana berdekatan dengan jalan raya juga memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa selaras dengan tututan Islam. Mewujudkan Tabung Wakaf bagi membolehkan orang ramai menyumbang dana untuk pembangunan Surau PEMAAF. Keperluan bekas pesalah penjara yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang sesuai. Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur.


Pembinaan Surau PEMAAF ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua warga PEMAAF. Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara masyarakat kerajaan dan swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang megharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian warga PEMAAF.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2024

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 13, 2023

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 18, 2023

MUHAMAD SAUFI BIN AZMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat