Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
SURAU RIYADUS SOLIHIN PERUMAHAN MAKMUR TAJAU JAYA
Dimulakan pada Feb 24, 2025
RM700 / 4.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
36 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan daripada para penyumbang yang dermawan, surau kami telah menjadi tempat berbuka puasa yang penuh dengan kegembiraan dan keberkatan pada tahun lepas. Melihat wajah-wajah ceria, terutama dalam kalangan anak-anak kecil dan warga emas yang dapat menikmati hidangan hasil sumbangan anda, sungguh menyentuh hati kami. Kebaikan anda bukan sahaja mengenyangkan perut yang berpuasa, tetapi juga menyuburkan kasih sayang dan ukhuwah dalam komuniti.

Tahun ini kami membuka kembali kempen untuk surau kami bernafas kembali. Masih banyak yang belum terpenuhi, masih ada lompong yang perlu ditutupi bagi memberi keselesaan kepada jemaah kami. Di bulan penuh keberkatan ini, hati kami merintih, mengharapkan tangan-tangan ikhlas yang sudi membantu menambah baik rumah Allah ini agar dapat terus menjadi tempat berlindung bagi jiwa yang dahagakan ketenangan dan ibadah.

GOTONG ROYONG MENYAMBUT RAMADAN
Bukan hanya untuk solat berjemaah, surau ini juga menjadi tempat anak-anak kecil mengaji, ibu bapa berkumpul, dan masyarakat bersatu dalam kebaikan. Namun, kelengkapan yang serba kekurangan membuatkan kami terpaksa bertahan dengan apa yang ada. Ramadan ini, kami ingin menyediakan ruang yang lebih selesa serta mengadakan jamuan berbuka puasa dan moreh buat jemaah yang hadir.


Oleh itu, kami dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas dari anda semua. Bantulah kami mengembalikan sinar kepada surau yang menjadi nadi komuniti ini. Dari lubuk hati yang paling dalam, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas keikhlasan dan kemurahan hati anda. Semoga setiap rezeki yang dikongsikan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran pahala yang berpanjangan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
AKTIVITI GOTONG ROYONG MENYAMBUT RAMADAN



ARIE MALISSA BINTI CHE SAMAT
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 22, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 21, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 09, 2025