INFAQ PEMBINAAN SURAU BUAT ANAK YATIM DANS WARGA EMAS JARIAH QASEH

Dimulakan pada:
24 Dec, 2025
INFAQ PEMBINAAN SURAU BUAT ANAK YATIM DANS WARGA EMAS JARIAH QASEH
8.43%
RM10,120
/RM120,000
395
penyumbang
316
baki hari

Tentang Kempen

Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk mendapatkan dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti keagamaan buat anak yatim & warga emas.
Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk mendapatkan dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti keagamaan buat anak yatim & warga emas. Jom bersama kami melabur saham akhirat yang berp...
Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk mendapatkan dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti keagamaan buat anak yatim & warga emas.

Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk mendapatkan dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti keagamaan buat anak yatim & warga emas. Jom bersama kami melabur saham akhirat yang berpanjangan pahalanya.


Di Kompleks Jariah Qaseh, Gurun Kedah, ada warga emas yang menjalani hari-hari tua tanpa keluarga di sisi. Ada juga anak-anak yatim yang membesar tanpa ibu dan ayah. Mereka tinggal di bawah satu bumbung, berkongsi kehidupan, berkongsi kesusahan, dan berkongsi satu harapan yang sama iaitu mahu melihat surau ini siap sebelum mereka menutup mata.

 


Surau di kompleks ini sedang dibina sebagai nadi rohani untuk seluruh penghuni penduduk di sekitar Bukit Nenas ini. Bukan sekadar tempat solat, tetapi tempat doa dipanjatkan, tempat tarbiah dijalankan, dan tempat jiwa mereka kembali tenang selepas seharian menempuh kehidupan.


Pembinaan surau ini bermula pada Mei 2024. Langkah awal sudah menelan kos yang besar termasuk kerja penambakan tanah mencecah RM60,000 dan pembinaan struktur asas hampir RM100,000. Alhamdulillah, usaha ini telah berjalan sehingga kira-kira 70 peratus siap. Namun pada fasa akhir, pembinaan terpaksa diperlahankan kerana kekangan dana.



Ketika ini, beberapa keperluan penting masih belum dapat disiapkan seperti lantai, karpet ruang solat, kemasan dalaman, serta penyempurnaan ruang ibadah. Selagi kerja-kerja ini belum selesai, surau ini belum dapat digunakan sepenuhnya oleh penghuni.

Sedangkan di sinilah tempat 15 orang warga emas dan 17 orang anak yatim bersujud setiap hari. Anak-anak berusia antara 6 hingga 18 tahun ini memerlukan ruang tarbiah yang selesa. 


Warga emas berusia sehingga 81 tahun pula memerlukan ruang ibadah yang selamat dan mudah diakses. Lebih menyentuh hati, surau ini sangat diharapkan dapat disiapkan sebelum Ramadan 2026, agar buat pertama kalinya mereka dapat menunaikan solat tarawih bersama-sama di surau sendiri.



Jumlah keseluruhan kos pembinaan surau ini dianggarkan sekitar RM420,000. Sehingga kini, sebanyak RM300,000 telah dibelanjakan hasil sumbangan orang ramai. Baki dana yang masih diperlukan adalah RM120,000. Daripada jumlah ini, dana ini diperlukan segera untuk memastikan fasa kritikal dapat disiapkan tanpa tertangguh sebelum ramadan 2026 ini.


Jika surau ini gagal disiapkan, warga emas akan terus beribadah dalam keadaan serba terhad. Anak-anak yatim pula kehilangan ruang tarbiah yang sepatutnya membentuk sahsiah mereka. Lebih menyedihkan, surau yang hampir siap berisiko terbiar tanpa dapat dimanfaatkan sepenuhnya.



Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia merupakan pertubuhan kebajikan yang berdaftar di bawah ROS dan JKM serta menguruskan kebajikan warga emas dan anak yatim secara berterusan. Setiap sumbangan yang diberikan bukan sekadar angka, tetapi menjadi sebab ruang ibadah ini hidup dengan doa, zikir, dan solat setiap hari.




Sekecil mana pun sumbangan anda, ia membantu menyiapkan sebuah surau. Setiap sujud yang dilakukan di sini, setiap rakaat tarawih yang ditunaikan pada Ramadan 2026 nanti, insya-Allah menjadi amal jariah yang mengalir untuk anda. 

Jom #BuatBaik! 



Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Feb 08, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 08, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 08, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 06, 2026
AMIR ABBASY BIN ABD RASHID
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 06, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

HILANGKAN LAPAR DAN DAHAGA PARA PELAJAR TAHFIZ QURAN ASNAF
DANA BANTUAN OPERASI KEBAJIKAN DAN PENGAJIAN ANAK YATIM DAN ASNAF
REBUT PAHALA INFAQ BEKALAN IKAN SEGAR
SUMBANGAN AL QURAN UNTUK PELAJAR MAAHAD AL BAHJAH
SEDEKAH AIR MINUM UNTUK PELAJAR TAHFIDZ QURAN