RAYUAN BAIKPULIH SURAU PT BENGKOK

RM1,090 / 5.45 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

64 Penyumbang

24 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTULAH SURAU PT BENGKOK UNTUK DIBAIKPULIH. SURAU YANG SEMAKIN UZUR PERLU DIBAIKPULIH UNTUK MEMBOLEHKAN KARIAH BERJEMAAH DAN MENGIMARAHKAN SURAU INI DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI.


Assalamualaikum wbt. Keselesaan dalam beribadah adalah merupakan satu peluang untuk khusyuk dalam beribadat. Selesa dalam erti kata lain tiada gangguan dalam beribadah. Surau Pt Bengkok ini terletak di Kg Pt Bengkok, Mukim Bagan, Batu Pahat. Sebuah surau yang dikelilingi oleh rumah-rumah kampung yang menjadi kariahnya.




Surau ini telah tersergam indah dan berkhidmat kepada jemaah lebih dari 30 tahun. Semakin berusia dan semakin uzur. Faktor ini menyebabkan beberapa kerosakan telah berlaku kepada bangunan fizikal surau ini. Siling yang mereput serta atap yang bocor telah menyebabkan air hujan masuk ke kawasan ruangan solat.




Begitupun jemaah tetap juga menjadikan surau ini sebagai tempat berjemaah waktu solat. Atas rasa keinsafan dan membantu, Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu bagi mengumpulkan dana untuk baikpulih surau ini. Kos yang diperlukan dianggarakan sebanyak RM20,000. Kita menyumbanglah sekadar yang kita mampu supaya menjadi saham kita di kemudian hari. Kemurahan hati ini tidak dipulangkan dengan pahala biasa malah Allah SWT telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda kerana bersedekah.



Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 30, 2022