BAIKILAH SURAU INI BAGI KEGUNAAN JEMAAH BERIBADAH DAN MENUNTUT ILMU

RM440 / 8.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SURAU INI MEMERLUKAN PERHATIAN DAN BANTUAN DARI SAHABAT SAHABAT. BANTULAH JEMAAH SURAU UNTUK KESELESAAN DALAM BERIBADAT. GANJARAN BERSEDEKAH PASTINYA ADA UNTUK KITA PADA MASA DEPAN. JOM BANTU!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ibadat dan dakwah adalah tunggak kejayaan dalam kehidupan dan keimanan. Perkara pertama yang Rasulullah lakukan sebaik sahaja tiba di Madinah adalah membina masjid. Ini membuktikan bahawa masjid dan surau bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadah tetapi juga merupakan pusat komuniti, masyarakat dan sosial.



Begitupun jua, membangun masjid atau surau ibarat membuat rumah baru, namun merawat dan menjaganya agar tetap bagus adalah tugas dan kos yang berbeza. Surau Pt Yusof, Batu Pahat adalah sebuah pusat yang memainkan peranan sebagai pusat ibadat dan dakwah dalam komuniti telah dibina hampir 20 tahun lepas dan telah berkhidmat untuk masyarakat setempat. Namun, seiring dengan peredaran zaman, surau ini juga semakin uzur sejajar dengan usianya.



Antara yang perlu diperbaiki adalah:


1. Bumbung yang telah bocor

2. Siling yang telah roboh

3. Karpet yang telah uzur

4. Tempat wuduk yang perlu diperbaiki



Sehubungan dengan itu, pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu masyarakat setempat. Kos yang diperlukan dalam anggaran RM20,000. Insya-Allah sekiranya target ini dicapai maka mengalir pahala para penyumbang umpama sungai yang mengalir.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu," (Surah Muhammad, ayat 7)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2023

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat