SUJUD DALAM KEBOCORAN BANTU KAMI BAIKI SURAU

Dimulakan pada:
02 Dec, 2025
SUJUD DALAM KEBOCORAN BANTU KAMI BAIKI SURAU
3.20%
RM480
/RM15,000
36
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Ayuh Infaq! Surau kami bocor & karpet sudah tidak layak guna. Mari bantu baiki sebelum Ramadan tiba. Klik untuk menyumbang & kongsi saham pahala jariah ini.

"Setiap kali hujan, kami solat dalam ketakutan. Takut genting jatuh menimpa kepala, takut litar pintas kerana air menitik dari syiling."

Ini adalah rintihan masyarakat di Pedalaman Lombok Barat. Surau kami bukan sekadar bangunan, ia adalah jantung komuniti kami. Di sinilah anak-anak belajar mengaji, dan di sinilah warga emas kami mencari ketenangan dalam sujud lima waktu.

Namun, keadaan surau kami kini sangat menyedihkan seperti rangka bumbung yang diperbuat daripada kayu kini sudah lapok dan dimakan anai-anai. Setiap kali hujan lebat, air akan masuk dan membasahi ruang solat. Lebih menakutkan, kepingan genting bila-bila masa sahaja boleh terjatuh. Akibat sering terkena tempias hujan, lantai surau mula merekah dan karpet sedia ada sudah lembap, berbau hapak, dan tidak lagi layak untuk digunakan bagi ibadah sujud.

Bayangkan, hanya beberapa minggu lagi kita akan menyambut Ramadan. Masyarakat di sini sangat bimbang di mana kami mahu menunaikan solat Tarawih jika surau ini terus dibiarkan uzur? Adakah malam-malam penuh berkat kami akan sunyi tanpa jemaah hanya kerana bumbung yang bocor?

Kebanyakan penduduk di sini hanyalah golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu menanggung kos baik pulih yang besar secara sendirian. Kami memerlukan sekitar RM12,187,85 untuk:

1. Menukar rangka bumbung kepada besi yang lebih kukuh.

2. Mengganti genting baru yang selamat.

3. Membaik pulih lantai dan memasang karpet yang bersih.

Ayuh, jadi wira dengan mmebina surau kami! Setiap RM10 atau RM50 yang anda sumbangkan mungkin nampak kecil bagi kita, tetapi ia adalah sinar harapan buat jemaah di sini untuk beribadah dengan tenang.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 14, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 07, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 06, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

AYUH BERSATU CUKUPKAN KOS RAWATAN ADIK ARGANTARA
BAHAGIAKAN ANAK ANAK MISKIN MELALUI SATU PINGGAN NASI
TAJAAN BANTUAN MAKANAN, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEPADA ANAK YATIM, ASNAF DAN HUFFAZ
SELAMATKAN MASA DEPAN RIBUAN ANAK YATIM
DANA PEMBELIAN RUMAH PERLINDUNGAN UNTUK PENEMPATAN KEKAL ANAK YATIM DAN ASNAF
Kempen Sumbangan Tamat