BAIK PULIH SURAU YANG USANG

RM620 / 12.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

40 Penyumbang

19 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat sekalian dalam membantu memperkukuhkan rumah ibadah umat Islam di pedalaman Sarawak. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.


Sumbangan bagi kempen ini dilancarkan sebagai kesinambungan hasrat meneruskan untuk melihat surau-surau kecil yang terutamanya yang berada di desa dan kampung-kampung juga diberikan perhatian yang sewajarnya agar ianya selamat bahkan selesa untuk digunakan oleh para jemaah di sesuatu kawasan tersebut.



Pembahagi di antara jemaah lelaki dan wanita antara yang bakal kita usahakan bagi memberikan keselesaan kepada jemaah wanita.

Mengambil keberkatan hasil sumbangan daripada para dermawan sekalian, marilah kita bersama dalam menyumbang sedikit sebanyak untuk merealisasikan objektif kempen ini. Nilai besar atau kecil bukanlah menjadi persoalan utama, namun, yang penting ialah niat kita dalam memberikan sumbangan tersebut secara ikhlas untuk kebaikan umat Islam.


Karpet baru yang lebih selesa akan kita usahakan bagi memastikan keselesaan para jemaah yang hadir.

Antara bahagian yang menjadi keutamaan kami untuk kita baiki atau baik pulih ialah seperti tempat mengambil wudhu, tandas, ruang utama solat dan luaran surau agar ianya lebih indah di samping memberikan keselesaan kepada para jemaah yang hadir. Apa yang kami lakukan ini adalah berperingkat dan tidak mungkin kita dapat selesaikan satu perkara dalam masa yang singkat.


Sumbangan yang berjaya dikumpul pada bulan Ramadhan yang lepas dan kempen kali ini merupakan kesinambungan daripada kempen yang lalu dalam kita mencukupkan dana

Insya-Allah berkat usaha kita semua, ianya akan menjadi asbab kebaikan bukan sahaja kepada diri kita, malah, kepada seluruh ahli keluarga kita sekali. Setiap sumbangan daripada sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

LAKSIAN WAHAB

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2024