PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Feb 07, 2025

BANTUAN SUSU DAN LAMPIN

RM172 / 0.34 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM KITA SEMUA MEMBANTU MEMBERIKAN SUMBANGAN SUSU DAN PAMPERS UNTUK YANG MEMERLUKAN!


Tahukah tuan/puan, pada saat kita dapat hidup dengan selesa dan mempunyai makanan dan minuman yang cukup, ada keluarga yang terpaksa mencatu makanan, ikat perut dan diuji dengan kemiskinan hidup? Ada yang di dapur mereka hanya mempunyai sangat sedikit bekalan makanan sahaja.



Susu dan lampin merupakan antara barangan yang mahal terutamanya kepada keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Kami turut menerima permohonan dari ibu tunggal yang menanggung sendiri keperluan anak-anaknya.



Ada dalam kalangan pemohon mempunyai anak yang sakit sehingga mereka terpaksa membeli susu spesifik yang mahal harganya. Alangkah indahnya jika kita dapat membantu mereka yang kesusahan. Kami telah menyasarkan untuk mengagihkan sebanyak 50 pek pakej barangan asas, susu dan lampin setiap bulan. Setiap pek bantuan ini akan diagihkan kepada setiap keluarga yang memerlukan.



Buat pengetahuan semua, anggaran kos bagi membantu satu keluarga untuk pakej barangan asas adalah sebanyak RM 100/Kotak. Dalam Hadis Nabi SAW, Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:


“Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)



Percayalah bantuan tuan/puan semua bukan sekadar memberi manfaat jangka masa pendek, bahkan turut memberi peluang dan semangat kepada mereka untuk mengubah kehidupan mereka serta anak-anak mereka menjadi lebih baik.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

  • Mar 04, 2025






Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 10, 2025

Kempen Sumbangan Tamat