Yayasan EZ Prihatin

Dimulakan pada Aug 04, 2021

BANTUAN SUSU NUTRISI BUAT ANAK-ANAK ASNAF

RM3,400 / 100.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,400

113 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan Susu Nutrisi merupakan inisiatif yang diambil oleh Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama rakan NGO untuk membantu anak-anak asnaf yang tidak mendapat keperluan nutrisi secukupnya.

Infaq Anda Akan Bantu 500 Anak Asnaf Dapat Bekalan Susu Nutrisi Selama

2 Bulan


Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laksanakan, kami terima banyak pemohonan bantuan daripada saudara asnaf kita. Tapi kali ini sedikit berbeza;


"Kami lapar pun tak apa, asalkan anak-anak kami dapat minum susu...'' 


Anak no 2 dah tak minum susu nutrisi, saya tukarkan dengan susu pekat RM2.50. Itu je yang saya mampu..."



inilah antara inti luahan yang kami dapat bila berhubung dengan mereka.




Ramai dikalangan mereka di luar sana yang diberhentikan kerja. Lebih-lebih lagi, bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan semula ianya sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada mata pencarian mereka.




Mereka juga berusaha tuan puan, tapi hanya kesabaran yang menjadi penguat mereka.



Justeru ada dasar prihatin, kasih dan sayang semasa saudara seIslam, kami di  Yayasan EZ prihatin  melancarkan satu tabung khusus untuk membantu anak-anak asnaf ini mendapatkan susu nutrisi untuk perkembangan dan tumbesaran mereka.





In Shaa Allah, semoga setiap apa yang kita sumbangkan ada nilainya di sisi Allah dan Allah sahaja yang layak membalasnya.


Percayalah dengan bantuan ini sebenarnya tuan puan telah berusaha membantu   telah menyelamatkan masa depan anak-anak mereka dengan izin-Nya


Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat."


( Riwayat Ibnu Majah)



________


Ayuh sama-sama kita merealisasikan usaha murni ini.

Ingin sama-sama membantu?

Klik butang SUMBANG SEKARANG



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 30, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Oct 29, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 19, 2021

Kempen Sumbangan Tamat