YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada May 10, 2022

JOM MENYUMBANG DALAM BULAN SYAWAL YANG PENUH ISTIMEWA

RM760 / 7.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

48 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Syawal ini, bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Sedekah di bulan Syawal - bulan yang istimewa dan penuh berkah.


Seluruh umat Islam telah merayakan Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal 1443 H sebagai perayaan setelah menjalani ibadah puasa pada bulan sebelumnya iaitu bulan Ramadan. Hari Raya Aidilfitri ialah pemberian Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.


Oleh kerana itulah Hari Raya Aidilfitri menjadi tanda kemenangan setelah berjaya mengharunginya. Semoga amalan kita di sepanjang Ramadan diterima Allah dan menjadikan kita hamba yang lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.



Apabila masuknya Syawal, antara amalan penting yang disarankan oleh Baginda S.A.W ialah puasa enam hari. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [HR Muslim: 1164]


Sehingga dapat dikatakan bahawa sedekah memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Adapun Allah SWT benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan Syawal.


Yayasan ANGKASA dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang istimewa ini. Adakah kita ingin mencari keampunan dan keredhaan-Nya bersama?



Bersedekah adalah salah satu usaha kita untuk menjemput keberkatan. Setiap hari di bulan Syawal iaitu pada hari Jumaat barakah. Wallahuallam... Sedekah ikhlas anda sekeluarga mungkin menggalakkan doa anda sekeluarga yang sedang berjuang di langit! Bersama kami, anda sekeluarga akan bersama-sama memuliakan bulan Syawal dengan membantu orang yang paling disayangi oleh Nabi ﷺ.


Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar IPT yang terdiri daripada golongan miskin, B40 dan anak yatim di seluruh negara di bawah tajaan Yayasan ANGKASA melalui bantuan kewangan. Subhanallah... Alangkah berkahnya! Ini adalah panggilan Allah. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan Insya-Allah akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat!





Jazakumullah Khayran. Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga, semoga Allah menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan Ramadhan ini, khususnya sedekah yang diberikan.


Sumbangan yang saudara-saudari hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Jika memerlukan resit tersebut, diminta WhatsApp, 018-355 0515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan ANGKASA.



Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh... Allah Azza wa Jalla jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga, Amin Allahuma Amin.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 11, 2022

Kempen Sumbangan Tamat