PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR

Dimulakan pada Jul 18, 2023

TABUNG MAJLIS SAMBUTAN AWAL MUHARAM UNTUK ERATKAN PERPADUAN

RM450 / 0.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu persiapan majlis sambutan awal muharam di Kampung Raja, Machang Kelantan. Penduduk kampung berharap agar usaha ini disokong penuh dengan berkongsi rezeki untuk membeli barang persiapan.


Kesedaran umat Islam dalam mengisi kedatangan bulan Muharram yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik. Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan, kecuali di atas satu niat iaitu semoga ianya akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak.



Oleh itu, penduduk Kampung Raja di Machang Kelantan bersepakat untuk mengadakan Majlis Sambutan Awal Muharam sebagai meraikan tibanya tahun baru Islam. Mereka berharap dengan adanya sambutan ini mampu mengeratkan lagi ukhuwah di antara penduduk kampung. Hasrat penduduk kampung agar mereka dapat memasuki tahun baru Islam ini dengan memulai perkara baik meningkatkan perpaduan sesama mereka.



Antara aktiviti yang akan diadakan adalah ceramah khas agama dan bergotong-royong mengadakan aktiviti memasak bubur asyura. Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini dengan niat untuk menjamu sanak saudara terdekat dan orang ramai. Hal ini kerana menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Aktiviti yang diadakan dengan penyertaan sebahagian besar penduduk kampung dan orang ramai dapat meningkatkan persaudaraan di kalangan masyarakat setempat.



Namun, program penyediaan bubur asyura ini memerlukan sumbangan daripada orang ramai dalam melicinkan lagi persiapan dan perjalanan acara sambutan. Sumbangan yang dihulurkan orang ramai akan membantu meringankan kos perbelanjaan yang dikeluarkan. 



Penduduk kampung berharap agar usaha mereka ini disokong penuh dengan berkongsi rezeki menyumbangkan sedikit dana untuk membeli barang persiapan. Walaupun ia dilakukan secara sederhana, kemeriahan dan keceriaan sesama penduduk dapat dilihat semasa mereka mengacau bubur asyura secara gotong-royong.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

UMAT ISLAM KESELURUHANNYA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2023

HISHAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 15, 2023

ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat