Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKRAR NEGERI KEDAH
Dimulakan pada Mar 10, 2022
RM1,690 / 16.90 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
82 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Umum pasti mengetahui bahawa sesi persekolahan baharu akan dibuka pada bulan ini, bagi yang mampu ianya akan dilalui seperti biasa, tetapi yang susah hidupnya ianya pasti mengelisahkan apabila memikir kos yang perlu dikeluarkan untuk barang kelengkapan apatah yang memiliki anak ramai.
Assalamualaikum para dermawan sekalian. Meskipun, kita akan memasuki endemik pada April ini, tetapi yang masih terkesan dengan pandemik yang berlarutan selama 2 tahun masih ramai terutama yang sumber pendapatan. Bertolak titik dari situ, atas kesedaran IKRAR BANTU melancar program " Back To School" bagi membantu anak-anak asnaf kembali ke sekolah, terutama anak-anak yatim.
IKRAR BANTU menyasarkan RM10,000 supaya dapat membantu seramai mungkin, bantuan akan meliputi barang-barang persekolahan seperti pakaian sekolah, buku-buku atau tunai bagi membayar yuran. Kami mensasarkan setiap para pelajar terpilih akan menerima RM100.
Untuk sebelum ini, kami telah menyalur bantuan tunai untuk waris menentukan sendiri keperluan yang lebih perlu diberi keutamaan.
Dengan berinfak kita akan mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda, Allah sendiri yang akan memberi balasan bagi orang-orang yang telah menginfakkan hartanya di jalan Allah.
“Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.” (Surah Saba ayat 39)
Itulah sebabnya kita dianjurkan untuk memperbanyak sedekah kerana amalan ini bukan hanya untuk menghapus dosa dan meningkatkan iman, ia juga menjadi kunci untuk mendapatkan rezeki yang berkat dan bermanfaat.
IKRAR BANTU menyeru untuk kita sama-sama berganding tangan meringankan beban. Hanya ALLAH yang membalasnya. Jazakallahu khairan kathira.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM53.00
Mar 11, 2022
PN NADIA
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2022