PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAR SOLIHIN MUAR

Dimulakan pada Dec 10, 2024

TABUNG KECEMASAN BANJIR

RM90 / 0.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin akan sedaya upaya membantu mangsa banjir yang memerlukan sama ada dari segi barangan asas mahupun wang ringgit. Jom bersama dengan kami untuk menyalurkan sumbangan!


Sungguh menyayat melihat pemandangan negeri-negeri yang dilanda banjir ini. Rumah, kereta, perabot dan sebagainya musnah dalam sekelip mata akibat dilanda banjir. Rumah-rumah mereka pula ada yang hanya nampak bumbungnya sahaja. Begitulah keadaan banjir ketika ini.



Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin Muar akan melancarkan kempen untuk membantu mangsa banjir. Rakyat yang terkesan dengan banjir memerlukan bantuan dari kita semua. Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin Muar berusaha menghantar bantuan dan bekalan makanan bagi memastikan penduduk terjejas banjir mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.



Bencana banjir telah banyak meragut kehidupan dan perlindungan daripada mangsa sekelip mata. Mereka terpaksa redha menghadapi bencana ini setiap tahun. Namun, kita tidak boleh biarkan mereka hidup tanpa bantuan. Rumah mereka tenggelam dan musnah. Mereka juga tidak ada sumber makanan dan barangan keperluan yang mencukupi untuk terus menampung mereka.



Insya-Allah, Pertubuhan Kebajikan Dar Solihin Muar akan menyusun gerakan bantuan tidak kira dari segi wang ringgit ataupun barangan asas untuk dihantar terus kepada mereka yang terjejas. Kami bertekad untuk bersama mereka dalam menghadapi dugaan ini.




Marilah kita sama-sama menghulurkan sumbangan buat mereka yang memerlukan. Sumbangan anda pasti akan meringankan beban mereka dan membuatkan mereka tersenyum. Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan sedikit sebanyak beban mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat