Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKRAR NEGERI KEDAH
Dimulakan pada Mar 01, 2022
RM475 / 4.75 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
25 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, dalam minggu ini kita telah mendapat berita mendukacitakan apabila sahabat dan saudara mara kita di Pantai Timur terutama Terengganu dan Kelantan telah dilanda banjir.
Statistik terkini di Terengganu, jumlah penduduk yang terjejas adalah 13,530 orang daripada 3735 keluarga, manakala di Kelantan pulak jumlah penduduk 8054 orang daripada 2600 keluarga.
Dalam keadaan yang mengejut ini, sudah tentu para mangsa dalam keadaan tergesa-gesa meningalkan rumah dan tidak dalam keadaan bersedia, apatah lagi dikatakan banjir kali ini adalah antara yang terburuk di Terengganu.
IKRAR BANTU telah mengenalpasti antara barang yang diperlukan ketika ini selain makanan dan minuman adalah tuala wanita, susu, lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa, pelitup muka, hygiene dan termasuk ' covid self test kit'. Sasaran RM10,000 ini adalah untuk menyediakan barangan tersebut bagi meringankan beban sahabat kita di sana.
Dengan berinfak kita akan mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda, Allah sendiri yang akan memberi balasan bagi orang-orang yang telah menginfakkan hartanya di jalan Allah.
“Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.” (Surah Saba ayat 39)
Itulah sebabnya kita dianjurkan untuk memperbanyak sedekah kerana amalan ini bukan hanya untuk menghapus dosa dan meningkatkan iman, ia juga menjadi kunci untuk mendapatkan rezeki yang berkat dan bermanfaat.
Harapan kami adalah kita berganding bersama meringankan beban.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 02, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 02, 2022
ALIZAWATI AZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 02, 2022