Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Mar 04, 2022
RM37,275 / 100.74 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM37,000
1543 Penyumbang
Kempen Berjaya
Kasihannya! Kebakaran dan banjir terlalu kerap melanda kita semua. Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan banjir luar biasa besar yang melanda Sri Muda, Bentong, dan kawasan Pantai Timur. Pada 4 Julai 2022, insiden banjir telah melanda beberapa kawasan di Baling, Kedah. Kali ini, bencana banjir melibatkan 8 buah kampung dan lebih 70 buah rumah dilanda banjir deras.
Hasil daripada dana ini akan kami salurkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya adalah:
- Makanan RTE / Makanan telah siap dimasak
- Pakaian dan kelengkapan solat
- Kelengkapan uat-ubatan
- Kit kebersihan
- Barangan bayi (susu dan lampin pakai buang)
- Jaket keselamatan
- Air minuman bersih
- Kelengkapan bersihkan rumah
- Toto & cadar (alas untuk tidur)
- Periuk nasi
- Makanan asas
- Keperluan semasa yang diperlukan.
Bantuan akan disalurkan mengikut keperluan setiap negeri mahupun kawasan. Misi ini akan diteruskan mengikut fasa dari semasa ke semasa kerana kita perlulah berada dalam keadaan siap siaga.
Ayuh rakyat Malaysia, kita berganding bahu dalam memberikan bantuan. Walaupun kita tidak mampu untuk ke sana memberikan bantuan secara tenaga dan bersemuka namun bantuan tunai yang diberikan cukup memberikan sinar buat mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua para penyumbang. Alhamdulillah, Tabung Bencana pada kali ini telah membantu mangsa banjir di Pantai Timur menerusi kempen yang dijalankan ini. Pihak kami telah mengagihkan bantuan berupa makanan ready to eat buat kesemua mangsa banjir yang terkesan.
Allahuakhbar, Baling dilanda banjir kilat lagi!
Keadaan di Baling akibat banjir sebelum ini masih belum reda sepenuhnya tetapi penduduk Baling sekali lagi berdepan musibah apabila Baling sekali lagi dilanda banjir kilat selepas hujan lebat tanpa henti lebih dua jam melanda daerah itu pada petang Selasa.
Hujan lebat ini kemungkinan masih berterusan memandangkan kita telah menghampiri musim tengkujuh yang bermakna negeri lain seperti negeri di Pantai Timur turut akan terjejas. Jadi, marilah kita bersiap sedia membantu dengan menyumbang supaya bantuan akan disalurkan dengan cepat kepada mangsa-mangsa terlibat.
Harapan kami agar dengan bantuan ini serba sedikit dapatlah meringankan beban mereka. Semoga Allah merahmati kita & memberi ganjaran yang lebih besar InsyaAllah.
Jom #BuatBaik
Pada 6 Julai, misi diteruskan lagi untuk memberikan bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan bencana banjir ini.
Alhamdulillah pada 5 Julai kami sudah bergerak menyampaikan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan banjir di Baling, Kedah.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 08, 2022