TABUNG BENCANA KEPERLUAN ASAS FASA 1

RM695 / 0.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh! Bersama sama kami membantu mereka bg mengurangkan beban yg terjejas di atas bencana alam yang melanda mereka. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, para dermawan yang dihormati dan dikasihi sekalian. Kami Daripada Pertubuhan Bergerak Amal Kebajikan Tarbiah Insan Sabah ( BAKTI ) Sekali lagi kami terpanggil untuk mengada kempen “Tabung Bencana Keperluan Asas Fasa 1”. 




Kempen ini kami akan berikan kepada golongan yang dalam memerlukan dan kecemasan. Seperti MANGSA BENCANA ALAM Antara barangan asas yang akan diberikan adalah seperti : 


1. Beras 10KG 

2. Telur 

3. Minyak masak

4. Sos-sos serta kicap masakan 

5. Bihun 

6. Biskut-biskut 

7. Bancuhan teh/kopi 

8. Barangan basah (ayam/daging/bawang/kelengkapan masakan)

9. Pampers Bayi

10. Susu bayi

11. Pampers orang tua

12. Sedikit Wang Tunai




Agihan ini akan diberikan mengikut kapasiti rumah terbabit. Hal ini kerana setiap rumah penghuninya tidak sama bilangannya. Kami berharap agar kempen ini boleh dijalankan mengikut bulanan dan kempen ini berterusan sehingga akhir tahun dan ramai dapat dibantu.


Jika pihak kami dapat membantu sebulan 300 buah rumah golongan mangsa bencana maka sehingga hujung tahun kami boleh membantu 3600 golongan mangsa bencana penerima manfaat di sekitar Sabah mengikut keperluan mereka.






Kami amat memerlukan sokongan dan sumbangan dari para penyumbang bagi merealisasikan misi kami yang ingin membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.


Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.

Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat